About this product
BahasaBahasa Melayu
Jenis EdisiEdisi Biasa
Jenis Halaman KulitKertas kerja
Bilangan Muka Surat80
PenerbitPenerbit USM
ISBN/ISSN9789674618681
Tahun2024
Product description
Tajuk: JIT: Latihan Jeda Berintensiti Tinggi #
Penulis: Mohamed Rusli Abdullah, Julia Omar, Yazid Abdul Rani, Eliza Hafiz
SINOPSISLatihan jeda berintensiti tinggi (JIT) ialah program latihan kecergasan berintensiti tinggi untuk tempoh yang singkat, dan diselang-selikan dengan program fasa pemulihan. JIT diamalkan oleh atlet berprestasi tinggi untuk menggalakkan kelajuan, kekuatan dan kuasa. Latihan ini juga digunakan oleh atlet bina badan untuk membina lebih banyak jisim otot.
Latihan JIT menggunakan ketiga-tiga sistem tenaga, iaitu anaerobik laktik, anaerobik dan aerobik berdasarkan jangka masa latihan. Oleh sebab itu, ia akan memberi kesan positif bukan sahaja untuk meningkatkan kekuatan tetapi juga untuk kawalan berat badan dan kecergasan menyeluruh. Walaupun JIT secara tidak langsung boleh mengurangkan risiko berlakunya kecederaan sukan, buku ini juga menyentuh tentang jenis, mekanisme dan tahap kecederaan sukan serta faktor-faktor risiko. Secara amnya, buku ini walaupun ditujukan kepada atlet dan pengajar kecergasan, ia juga amat sesuai dibaca dan diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat untuk kecergasan secara menyeluruh.