About this product
BahasaBahasa Melayu
Jenis Halaman KulitKertas kerja
PengarangCirasso
Bilangan Muka Surat72
Tahun2024
Product description
Kalau setiap kali jerawat muncul atau kulit rasa macam tak ok awak tertanya-tanya adakah produk yang awak guna tu berkesan atau tak, buku ni akan bagi jawapannya. Dengan pemahaman yang betul tentang reaksi kulit — sama ada positif atau negatif — kita akan lebih mudah membuat keputusan dalam meneruskan konsisten pakai produk tu atau tak. Jadi ini menjimatkan masa kita try and error produk tanpa ilmu yang tepat.
Buku ni sesuai untuk awak yang dah lama struggle berdepan dengan breakout setiap bulan lepas tu kulit jadi sensitif atau awak selalu rasa buntu sebab tak tau nak bezakan sama ada produk yang awak pakai tu tengah sesuai atau tak. Dengan belajar mengenal pasti tanda-tanda seperti perubahan tekstur, kemerahan atau peningkatan jerawat pada kulit, awak akan lebih faham sama ada produk yang awak guna tu sesuai untuk kulit awak atau perlu ditukar.
Awak akan belajar cara mengenal pasti tanda-tanda sama ada kulit awak tengah ok atau memerlukan lebih perhatian. Kadang-kadang, masalah kulit yang kita fikir hanya produk je boleh selesaikan sebenarnya tak semestinya kena adjust kat produk kebanyakannya ia berpunca dari cara kita menguruskan reaction kulit dalam membina rutin skincare yang berkesan, jadi penyelesaian kulit awak bukan semata-mata bergantung pada sekadar pakai produk sahaja.
Dengan pemahaman yang betul tentang reaksi dan apa yang kulit kita suka, awak akan dapat elak daripada tersilap langkah lagi dengan pakai atau buat rutin dengan produk yang tak sesuai. Buku ini akan bantu awak memahami tanda-tanda yang menunjukkan kulit awak tengah bagi kesan atau sebenarnya kulit awak berada dalam keadaan yang berbahaya, dengan memahami perkara ni ia akan memudahkan perjalanan awak menemui apa produk yang berkesan yang boleh awak kekal pakai sehingga kulit capai clear skin.