About this product
- Bahasa:Bahasa Melayu
- Jenis Halaman Kulit:Kertas kerja
- Pengarang:Cirasso
- Bilangan Muka Surat:120
- Tahun:2024
Product description
Kalau awak selalu rasa kecewa dengan hasil skincare dan rasa nak give up, buku ni memang ditulis untuk awak. Ramai yang terfikir nak kembali atau nak try produk terlarang sebab dah buntu dan tak tahu cara lain untuk capai clear skin sebab fikir itu sahaja cara yang nampak berkesan betul-betul.
Kadang-kadang, masalah kulit yang kita hadapi atau cabaran nak capai clear skin bukan sebab susah nak cari produk yang berkesan tapi cara kita tetapkan mindset sebenarnya yang salah. Expectation yang salah dalam skincare menyebabkan kita bertahun-tahun mencari sesuatu yang sebenarnya tak wujud. Kadang-kadang penyelesaian sebenar untuk masalah kulit bukanlah dengan menukar produk, tapi hanya dengan memperbetulkan mindset sahaja.
Mindset yang betul adalah asas untuk membina rutin skincare yang berkesan. Produk yang kita guna mungkin tak berkesan jika cara kita berfikir tentang penjagaan kulit dah salah. Mindset yang betul membantu kita mengelakkan kesilapan dalam pemilihan produk atau rutin yang boleh menyebabkan kulit menjadi lebih teruk.
Dengan upgrade kefahaman ini sahaja, apa saja produk yang kita pilih dan bina dalam skincare rutin akan mula nampak berkesan sebab itulah pentingnya ada mindset yang betul dan tepat dalam skincare. Jadi, buku ni dalah salah satu jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah jerawat awak yang silih berganti naik setiap bulan.