Kalau awak dah bertahun-tahun berdepan dengan masalah jerawat yang tak berkesudahan atau selalu breakout setiap bulan, buku ini untuk awak. Ramai yang rasa buntu dan tak tahu cara yang betul untuk capai clear skin sampaikan terfikir untuk pakai balik atau try produk terlarang sebab fikir hanya tu satu-satunya jalan penyelesaian yang berkesan. Hakikatnya, penyelesaian yang sebenar adalah dengan belajar mengenal keperluan kulit kita sendiri. Hanya dengan memahami keperluan kulit, apa saja produk yang kita gunakan akan mula bagi kesan yang positif.
Buku ini membantu awak memahami apa sebenarnya yang kulit awak perlukan untuk jadi elok, pulih semula dan kekal cantik. Kulit kita mempunyai keperluan yang spesifik dan buku ini akan membantu awak memahami dengan mendalam apakah keperluan kulit kita yang sebenar. Melalui penjelasan yang mudah difahami, awak akan belajar mengenai keperluan setiap jenis-jenis kulit dan kepentingan memilih produk yang sesuai dengan keperluan kulit kita.
Buku ini juga merangkumi sains di sebalik penjagaan kulit yang sangat spesifik supaya dapat memberikan awak asas kefahaman yang kukuh untuk mula membina rutin skincare yang berkesan. Now, dengan membaca buku ni awak boleh ambil langkah pertama untuk realisasikan impian awak yang selama ni tertangguh kerana ada masalah kulit, dengan panduan yang ada dalam buku ni awak akan nampak yang impian awak semakin dekat dan realistik untuk dicapai.