PTS Publishing House - Biografi Muhammad bin Abdullah: Softcover (Perjalanan Hidup Seorang Nabi) | buku sirah nabi muhammad| | buku sirah nabawiyah Membaca Quran
Sold by Warongbuku
5(210)
693 sold
Select options
Select
Shipping
From RM4.90
Est. delivery by Apr 17 - Apr 20
Specifications
Customer reviews (210)
F**e
Item: Buku
Alhamdulillah.. bungkusan bagus selamat.. rapi.. terima kasih seller.. untuk freegift nya jgk.. terima kasih..
October 5, 2023
z**8
Item: Buku
Alhamdulillah buku dh slmt sampai walaupun jauh dr Rompin tp faster delivery, x sabar nk baca, tq seller 👍👍
October 5, 2023
M**a N**n
Item: Buku
Terima kasih seller...
Semuanya memuaskn..terima kasih free giftnya.
InshaAllah kalau ada rezeki lebih,nanti repeat lagi buku lain.
July 26, 2023
a**a
Item: Buku
Alhamdulillah biografi Nabi Muhammad Bin Abdullah selamat sampai,laju penghantaran, recommend seller,terima kasih free gift surah yasin dan doa kesukaan Nabi,buku sampai berbalut bubblewrap tebal utk menjamin kualiti buku
July 25, 2023
M**n
Item: Buku
Alhamdulillah barang dh smpai…bru baca dh best dn seronok…rindu pda nabi muhamaad…satu lgi free gift pun ada..
June 30, 2023
E**7
Item: Buku
Alhamdulillah dah sampai
July 22, 2023
A**.
Item: Buku
Thanks for the free gift, Alhamdulillah books arrived safely
August 19, 2024
❤**🍉
Item: Buku
Terima kasih. Seller wrap dengan baik sangat, sangat kemas. Terima kasih ya semoga dimurahkan rezeki selalu, Amin. Terima kasih bagi gift❤️
November 4, 2023
O**r
Item: Buku
Trima ksh seller.. buku dh smpai n pmbukusan yg cukup kemas. Trima ksh ada gift surah Al kahfi..
September 25, 2023
I**_ b**🌙
Item: Buku
1.Bagus berkualiti
2.1 sen dapat free gift
3.penghantaran laju
4.high kualiti
Rugi tak beli
September 10, 2023
c** p**i
Item: Buku
ilmu yg brmanfaat utk smua umat nabi muhammad.. yg ptot ade d setiap rumah... ❤️
September 7, 2023
M** b**🌹
Item: Buku
Alhamdulillah da sampai bukunya..siap dpt free gift lg.trima kasih seller
August 24, 2023
Z**a
Item: Buku
Alhamdulillah..love sngt dgn buku ni, dpt tambah pengetahuan..tteerrbbbaaaiiikkkk....
July 28, 2023
N**✨
Item: Buku
Buku dapat elok. Semoga kita dapat bersama nabi muhammad SAW
July 28, 2023
T**g
Item: Buku
beli 1 dapat free yassin dan buku almalan NABI MUHAMMAD..tq semoga murah rezeki selalu.aminnn
July 26, 2023
A**9
Item: Buku
Terbaik seller ..saya beli ye, terima kasih di atas free gift, delivery pun laju packaging kemas...mantap, produk superbbb
July 25, 2023
k**m
Item: Buku
alhamdulillah.barang sampai dalam keadaan baik.terima kasih bagi gift yaasin dan buku amalan doa kesukaan nabi.dalam banyk2 kedai,kedai ni je boleh cod sbb tu sy beli dalam kedai ni.seller pon bagus balut tebal sangat dgn bubble wrap 😍
July 23, 2023
Y**ラ
Item: Buku
Alhamdulillah buku dah selamat di terima...pembungkusan kemas dan terbaik...terima kasih...
July 23, 2023
K** Z** B**G B**G
Item: Buku
Alhamdulillah dah sampai..terima kasih juga bg free gift buku Yasin Dan amalan doa kesukaan Nabi Muhammad saw
July 22, 2023
ف**ا
Item: Buku
Cepat sampai..buku kulit tebal jgak, ingatkn kulit nipis..
July 12, 2023
Warongbuku
2,645 items
Shop performance
Better than 84% of other shops
Ships within 2 days
70%
Responds within 24 hours
96%
About this product
Jenis Halaman Kulit:Kertas kerja
Bilangan Muka Surat:480
ISBN/ISSN:978-967-481-536-3
Bahasa:Bahasa Melayu
Penerbit:PTS Publishing House
Jenis Edisi:Edisi Biasa
Product description
Tajuk: Biografi Muhammad bin Abdullah (SOFTCOVER)
ISBN: 978-967-481-536-3
Penerbit: PTS
Penulis: Zulkifli Mohd Yusoff, Noor Naemah Abd Rahman
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 480
Halaman:Hitam Putih
Format: Softcover
Biografi Muhammad Bin Abdullah adalah antara buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah. Menghayati kisah hidup nabi dalam buku sangat mengasyikkan. Novel-novel cinta yang popular sekalipun tidak mampu memberikan kenikmatan yang setara dengan nikmatnya membaca buku ini. Kita teruja untuk menghabiskan ayat demi ayat, helaian demi helaian buku ini, daripada muka surat pertama hinggalah ke muka surat terakhir. Inilah biografi kekasih yang teragung dan kisah cinta yang paling indah di dunia.
Buku ini adalah rakaman sirah yang lengkap tentang Rasulullah. Buku ini bermula dengan kisah-kisah ajaib yang berlaku sebelum kelahiran baginda. Sebagaimana peristiwa kelahiran baginda membawa sinar kebahagiaan ke seluruh dunia, buku ini juga berjaya membuatkan para pembaca asyik dalam penceritaan yang amat menarik. Namun, apabila tiba detik Rasulullah menghembuskan nafas terakhir, kita akan tenggelam dalam kesedihan dan hanyut dalam kerinduan kepada kekasih agung, Rasulullah s.a.w.
Babak demi babak seluruh kehidupan Rasulullah diceritakan dengan baik sekali. Penceritaannya mampu menggugah emosi pembaca. Inilah bahan bacaan yang terbaik sebagai pelengkap kepada karya sirah tentang Rasulullah s.a.w.
Setiap nabi dikurniakan dengan mukjizat yang sesuai dengan zamannya dan mengatasi kehebatannya kaumnya. Nabi Musa diberikan mukjizat tongkat yang bertukar menjadi ular hingga dapat mengalahkan Firaun dan ahli sihirnya. Nabi Isa pula dikurniakan dengan kemampuan menghidupkan orang yang sudah mati, sesuai dengan kaum pada zamannya yang hebat dalam ilmu perubatan.
Rasul junjungan kita pula, Muhammad s.a.w dikurniakan dengan mukjizat yang agung, iaitu Al-Quran yang sangat indah bahasanya. Ketinggian bahasa Al-Quran menundukkan kehebatan para penyair Arab yang terkenal dengan syair-syair yang bisa memukau para pendengar. Itulah kehebatan bahasa dan bahasa sangat berkuasa. Bahasa yang indah seolah-olah mempunyai tempias mukjizat yang mampu mempengaruhi minda dan menyentuh hati manusia. Mahakarya agung ciptaan manusia terletak pada bahasa yang mengungkapkannya.
Memahami hakikat ini, keindahan dan kelancaran bahasa adalah kekuatan utama bagi sesebuah buku. Justeru, sebuah buku yang bercerita tentang kehidupan Rasulullah, terlebih utama perlu menggunakan bahasa yang indah sehingga mampu membuakkan kecintaan kita kepada Rasulullah. Oleh sebab inilah, buku Biografi Muhammad Bin Abdullah ditulis dengan bahasa yang mudah dan indah. Kekuatan buku ini adalah pada bahasanya