Iblis menyamar sebagai orang suci yang memakai jubah panjang dan mengenakan penutup kepala seolah-olah seorang ahli ibadah. Nabi Musa a.s. lalu di tempat Iblis itu. Iblis membuka penutup kepalanya dan mula berbicara dengan Nabi Musa a.s. "Jika manusia berianji hendak melakukan kebajikan dan akan meninggalkan keburukan, di situlah aku datang untuk menggagalkan mereka. Hal ini kerana antara janii dan pelaksanaan janji itu ada jarak yang sangat jauh. Oleh sebab itulah aku paling suka terhadap manusia yang berikrar hendak bersedekah. Sebelum sedekah itu dilakukan, aku akan datang dan berusaha menggagalkan niatnya itu" Begitulah pembicaraan Ibis dan nabi Muasa a.s. Iblis memang suka pada orang yang berikrar atau berjanji.
la akan datang untuk menggoda orang itu agar mengingkari janjinya. Kisah di atas adalah salah satu cerita yang disajikan dalam buku Siri Cerita Sesudah Isyak. Mash banyak lagi cerita menarik dalam buku ini seperti kisah "Orang yang Masuk Syurga Kerana Seekor Lalat", "Raja Thalut yang Kalut," Malaikat Penjaga Gunung dan banyak lagi. Buku yang penuh teladan ini ditunggu-tunggu oleh para pembaca. Lengkapilah bacaan anak-anak anda dengan bacaan bermutu ini. Selamat membaca!