Mukjizat adalah kurniaan Allah SWT yang diberikan kepada para nabi. Demikian pula halnya dengan Nabi Daud a.s. Selain dikurniakan kerajaan yang besar dan makmur, Nabi Daud a.s. juga dikurniakan mukjizat-mukjizat yang mengagumkan. Suara Nabi Daud a.s. sangat merdu tiada tandingan. Apabila baginda membaca kitab Zabur yang berisi petunjuk-petunjuk Allah SWT, orang sakit akan sembuh secara tiba-tiba.
Apakah mukjizat lain Nabi Daud a.s.? Adik-adik akan mendapat jawapan dengan membaca buku ini. Di dalam buku ini diceritakan juga tentang Salman Al-Farisi, tentang azan pertama ole Bilal bin Rabbah dan pelbagai kisah lain yang bole menjadi teladan pada kita semua.