About this product
- Jenis Halaman Kulit:Kertas kerja
- ISBN/ISSN:978-967-481-040-5
- Bahasa:Bahasa Melayu
Product description
Harus difahami, bilamana datang kepada diri kamu ajakan bagi melakukan kebaikan ataupun larangan daripada melakukan kemungkaran, maka itu adalah ajakan dan larangan daripada Allah s.w.t.
Adapun jikalau yang mengajak itu jauh daripada kebaikan yang diajak itu, ataupun masih juga melakukan kemungkaran yang ditegah itu, itu sememangnya salah untuknya.
Namun kesalahan itu antara dirinya dengan Allah. Bukan dengan diri kamu.
Adalah menjadi tanggungjawab bagi diri kamu, mendengar apa yang disampaikan, arahan mahupun tegahan yang datangnya daripada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., dan sedaya upaya mengambil manfaat daripada apa yang disampalkan.
Tidak berhak bagi kamu untuk mempersoalkan kembali kepada yang menyampaikannya kepada kamu.
Siapa yang sedang marah, yang rasa tak tenang, hatinya gundah gulana, carilah masa untuk dapatkan dan beli buku ini. Buku ini betul-betul bercakap tentang pembersihan hati. Orang yang baik tak mengutuk orang lain adalah orang yang hatinya baik.
Orang yang boleh bercakap dengan sopan dan beradab adalah orang-orang yang hatinya baik yang datang dari keluarga yang hatinya baik.
“Sekiranya dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai dapat menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya, maka mengapa kita perlu mengeluh dan bersedih?”
Buku ke-3 Habib Ali Zaenal Abidin. Dalam tulisan kali ini, fokusnya lebih kepada contoh-contoh dan kisah yang dapat kita teladani daripada kehidupan Nabi Muhammad S.A.W dan juga sahabat-sahabat Baginda R.A.
Mengekalkan gaya biasa Habib, apa yang dikongsi terasa lebih dekat di hati.
Nasihat Buat Diri (Pesanan dan Pedoman Yang Menyentuh Hati)
Nasihat Buat Diri : Pesanan dan Pedoman yang Menyentuh Hati disusun berpandukan metod dakwah al-Quran yang menjadikan nasihat sebagai medium utama dakwah para nabi, buku sederhana ini menggabungkan nasihat-nasihat bermakna dari 3 buah buku yang bertajuk Nasihat Buat Hati, Nasihat Buat Diri dan Pedoman Buat Umat.
Buku ini mengandungi 75 ungkapan nasihat dan tausiyah yang disampaikan oleh murabbi yang dikenali dan dicintai ramai iaitu Al-Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid. Nukilan ini adalah salah satu usaha dakwah melalui penulisan yang ingin dikongsikan kepada para pembaca yang budiman.
Moga para pembaca dapat mengambil teladan serta iktibar daripada kisah-kisah dan kata-kata mutiara ilmu para ulama yang terdapat dalam karya ini. Didoakan juga setiap manfaat yang ada dalam buku ini menjadi pedoman buat seluruh masyarakat serta bakal menjadi berita gembira buat kita semua di akhirat kelak.