About this product
- Bahasa:Bahasa Melayu
- Jenis Halaman Kulit:Kertas kerja
- ISBN/ISSN:9789671611104P
- Brand:pacu resources
Product description
Tajuk: Di Sebalik Nama 114 Nama-Nama Surah
Penulis: Bushra Binti Talib
Dimensi (Cm): 29.6 x 21 x 1.1
Buku ini membongkar kisah di sebalik surah-surah yang terkandung di dalam Al-Quran.
Setiap surah ada kisahnya yang tersendiri serta fakta-fakta yang dirungkai.
- Sesuai untuk mereka yang ingin mulakan kelas asas Tadabbur al-Quran dengan cara yang mudah difahami. Kisah di sebalik nama-nama surah yang diceritakan dengan ringkas dan lengkap
- Penggunaan bahasa yang mudah faham untuk semua orang awam yang ingin mendalami al-Quran. Bahasa yang mudah difahami, penggunaan warna yang sesuai untuk semua orang baca dengan selesa
- Lengkap dengan kisah di sebalik nama-nama surah beserta hikmah dan fakta sains. Fakta sains dan kata-kata hikmah yang menunjukkan sains dan agama ini tidak boleh dipisahkan
- Percuma Teka Silang Kata Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah
- Percuma Kad Ucapan Terima Kasih
Isi masa lapang bersama keluarga dengan membaca buku Di Sebalik 114 Nama-Nama Surah.
"Dewasa ini, masyarakat hanya membaca Al-Quran secara fizikal sahaja tanpa roh terlahir di dalam hati menyebabkan kemanisan iman tidak dapat dirasai oleh seseorang individu.
Hal ini menyebabkan individu tersebut tidak akan terdorong untuk mendalami ilmu Al-Quran walhal Al-Quran adalah Al-Huda (petunjuk) yang benar untuk kehidupan harian.
Dengan adanya Di Sebalik 114 Nama-nama Surah ini yang memfokuskan kepada ibrah di sebalik nama surah dengan tambahan info lain seperti hadis, sejarah, fakta saintifik, dan doa merupakan satu wadah yang baik sebagai rujukan dan panduan buat semua lapisan masyarakat umumnya untuk memahami mesej yang ingin disampaikan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.
Ini adalah kerana Al-Quran merupakan Az-Zikr (pemberi ingatan) sepanjang zaman dan ia tidak akan pernah luput sehinggalah kiamat."
- Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan
"Alhamdulillah, saya amat memuji dan menyokong usaha penulis buku ini. Ia mengajak kita semua, terutama anak-anak muda untuk kembali mentadabbur ayat-ayat Al-Quran, memahami makna-makna indah di sebalik ayat, secara mudah, santai, dan diolah dengan penuh ilmiah."
- Ustaz Adnin Roslan, Pengasas Tarbiah Sentap
Contoh penerangan: Surah As-Saaffat
Surah ini dinamakan As-Saaffat kerana para malaikat yang berbaris-baris di hadapan Allah SWT. Ini kerana, para malaikat bersaksi akan keEsaan Allah SWT.
Barisan atau saf yang dilakukan oleh para malaikat tersangatlah rapi sehingga tidak meninggalkan ruang kosong di antara mereka dan mereka menyempurnakan saf yang pertama terlebih dahulu dan diikuti oleh saf yang seterusnya.
Kita juga seharusnya mengamalkan dalam saf solat kita sepertimana yang dilakukan oleh para malaikat. Semasa solat berjemaah kita nendaklah memenuhkan saf yang pertama terlebih dahulu dan merapatkan saf tersebut dengan bahu bertemu bahu agar tidak ada ruang senggang di antara satu sama lain.
Syed Qutb mencadangkan tema surah ini adalah untuk menegaskan tauhid dengan membongkar kebusukan kebatilan dari segenap arah, yang juga telah terbentang pada segenap zaman para Anbiya dan menegaskan kesan kufur itu pada Hari Qiyamat, hisab dan pembalasan.
Pendekatan surah ini adalah pendek-pendek ayatnya, namun berisi pelbagai pemandangan dan sikap serta keras pula pengaruhnya kepada hati dan emosi.
Dalam surah ini juga diceritakan tentang kisah Nabi Ibrahim yang diperintahkan oleh Allah untuk menyembelih anak kesayangan dan kecintaannya iaitu Nabi Ismail. Perintah ini dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim tanpa sebarang keraguan dan tanpa dipersoal sebab dan tujuan perintah tersebut untuk dilakukan oleh Nabi Ibrahim.
Hal ini menjadi pengajaran kepada kita supaya taat epada segala perintah Allah walaupun kita tidak temui hikmah atau sebab segala ketaatan itu perlu dilaksanakan.
JOM FAHAMI MAKNA NAMA-NAMA 114 SURAH AL QURAN
Kenapa anda patut beli buku ini?
Apakah hadiah yang terbaik untuk ibu bapa dan anak-anak anda? Adakah didikan agama untuk anak-anak sudah mencukupi? Kita mungkin biasa khatam membaca 30 juzuk al-Quran, tapi adakah kita faham apa yang dimaksudkan pada setiap surah yang dibaca?
Buku ini membawa pembaca untuk setidak-tidaknya faham apa makna bagi setiap nama surah.
Contohnya surah al-Kahfi bercerita berkenaan gua. Jadi kandungannya berkisar tentang gua sahaja. Apa yang terkandung dalam buku ini? Setiap nama 114 surah itu, kami datangkan kenapa ianya dinamakan surah sedemikian, apa makna surah itu dan juga beberapa fakta tambahan menarik sekitar surah tersebut:
Saya ambil contoh: Tahukah anda apa makna surah At-Taghabun?
Allah SWT ada umpamakan manusia dengan binatang ternakan. Tahukah anda Allah juga ada umpamakan manusia dengan babi, dengan anjing, dengan labah-labah dan beberapa yang lain?
Hebatnya seekor burung hud-hud yang berusaha sebarkan agama ini tanpa arahan dari seorang Nabi, tapi sifat proaktifnya untuk sampai jauh ke negeri Saba'.
Banyak lagi yang kami nak kongsikan.
Semoga bermanfaat dan memberi sedikit gambaran kepada anda yang membacanya.
Dengan infografik yang menarik, bergambar, berwarna dan tulisan besar, ianya cukup untuk menjadikan pembaca seronok dan ketagih untuk terus membaca. Membaca perlu dijadikan budaya. Dapatkan segera !!!
Tajuk: Fa Inni Qarib (Soft Cover)
ISBN: 9789672899204M
Penerbit: Jejak Tarbiah
Tahun Terbitan: 2022
Muka Surat: 374
Halaman: Hitam Putih
Format: Soft Cover
Berat (kg): 0.565
Dimensi (cm): 22.5cm x 15cm x 2cm
Al-Quran ialah cahaya, petunjuk dan nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada sekalian alam.
Sebagai mukjizat terakhir dan teragung daripada-Nya, wahyu yang diturunkan dalam bahasa Arab ini sememangnya indah dan penuh dengan hikmah yang tidak dapat kita fahami sepenuhnya sekiranya dibaca secara bersendirian. Sungguh ajaibnya al-Quran ini, meskipun berbeza bahasa, tetap menyentuh hati, menggenggam jiwa malah meniupkan nyawa bagi kehidupan di dunia ini. Alangkah indahnya jika kita mampu menghayatinya, walau hanya secebis hikmah.
Fainni Qarib – Sesungguhnya Aku Amat Dekat ialah wadah bagi membantu pembaca dalam menggapai impian ini. Dengan susunan menurut juzuk yang mudah diikuti, Fakhri Fadzli menuntun pembaca untuk menyingkap sedikit sebanyak hikmah di sebalik Kitab yang Agung ini.
PROFILE PENULIS
Muhammad Fakhri bin Fadzli (B.A., M.A Syariah, Universiti Jordan) ialah anak muda dari Marang, Terengganu yang berazam untuk menyebarluaskan manfaat dan kebaikan berteraskan ilmu dan hikmah. Sepanjang tujuh tahunnya di Jordan, belia berkesempatan menuntut ilmu dengan beberapa tokoh ilmu terutamanya al-Marhum Sheikh Dr. Solah al-Khalidi, tokoh bidang tafsir dan ulum Al-Quran.
Fa Inni Qarib- Sesungguhnya Aku Amat Dekat merupakan wadah beliau untuk membantu lebih ramai lagi agar semakin dekat dengan Al-Quran.