About this product
- Jenis Halaman Kulit:Kertas kerja
- ISBN/ISSN:978-967-481-536-3
- Bahasa:Bahasa Melayu
Product description
Tajuk:ย Biografi Muhammad bin Abdullah (SOFTCOVER)
Penulis: Zulkifli Mohd Yusoff, Noor Naemah Abd Rahman
Dimensi (cm): 22.8cm x 15.3cm x 2.4cm
Biografi Muhammad Bin Abdullah adalah antara buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah. Menghayati kisah hidup nabi dalam buku sangat mengasyikkan. Novel-novel cinta yang popular sekalipun tidak mampu memberikan kenikmatan yang setara dengan nikmatnya membaca buku ini. Kita teruja untuk menghabiskan ayat demi ayat, helaian demi helaian buku ini, daripada muka surat pertama hinggalah ke muka surat terakhir. Inilah biografi kekasih yang teragung dan kisah cinta yang paling indah di dunia.
Buku ini adalah rakaman sirah yang lengkap tentang Rasulullah. Buku ini bermula dengan kisah-kisah ajaib yang berlaku sebelum kelahiran baginda. Sebagaimana peristiwa kelahiran baginda membawa sinar kebahagiaan ke seluruh dunia, buku ini juga berjaya membuatkan para pembaca asyik dalam penceritaan yang amat menarik. Namun, apabila tiba detik Rasulullah menghembuskan nafas terakhir, kita akan tenggelam dalam kesedihan dan hanyut dalam kerinduan kepada kekasih agung, Rasulullah s.a.w.
Babak demi babak seluruh kehidupan Rasulullah diceritakan dengan baik sekali. Penceritaannya mampu menggugah emosi pembaca. Inilah bahan bacaan yang terbaik sebagai pelengkap kepada karya sirah tentang Rasulullah s.a.w.
Setiap nabi dikurniakan dengan mukjizat yang sesuai dengan zamannya dan mengatasi kehebatannya kaumnya. Nabi Musa diberikan mukjizat tongkat yang bertukar menjadi ular hingga dapat mengalahkan Firaun dan ahli sihirnya. Nabi Isa pula dikurniakan dengan kemampuan menghidupkan orang yang sudah mati, sesuai dengan kaum pada zamannya yang hebat dalam ilmu perubatan.
Rasul junjungan kita pula, Muhammad s.a.w dikurniakan dengan mukjizat yang agung, iaitu Al-Quran yang sangat indah bahasanya. Ketinggian bahasa Al-Quran menundukkan kehebatan para penyair Arab yang terkenal dengan syair-syair yang bisa memukau para pendengar. Itulah kehebatan bahasa dan bahasa sangat berkuasa. Bahasa yang indah seolah-olah mempunyai tempias mukjizat yang mampu mempengaruhi minda dan menyentuh hati manusia. Mahakarya agung ciptaan manusia terletak pada bahasa yang mengungkapkannya.
Memahami hakikat ini, keindahan dan kelancaran bahasa adalah kekuatan utama bagi sesebuah buku. Justeru, sebuah buku yang bercerita tentang kehidupan Rasulullah, terlebih utama perlu menggunakan bahasa yang indah sehingga mampu membuakkan kecintaan kita kepada Rasulullah. Oleh sebab inilah, buku Biografi Muhammad Bin Abdullah ditulis dengan bahasa yang mudah dan indah. Kekuatan buku ini adalah pada bahasanya.
Kandungan buku ini elok dan sesuai sebagai pembacaan bagi golongan yang baru mengenali Islam dan yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang riwayat hidup seorang nabi dan rasul. Bukan semua pembaca suka membaca buku-buku ilmiah tentang Islam yang agak berat dengan istilah Arab. Sebagai seorang saudara baru, bentuk penulisan seperti buku ini akan dibeli dan dibaca."
โMembaca sirah beliau nyata membuka pemikiran dalam konteks perencanaan strategi pentadbiran. Kebijaksanaan beliau bersama sahabat nyata memukau pengkaji-pengkaji pengurusan strategik. Mungkin satu penulisan khusus boleh dilakukan oleh mereka yang berminat.โ
- Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, pengarah UiTM Segamat & penulis bestseller Travelog Haji
โDapat dibaca dan dihayati oleh semua peringkat usia. Inilah buku sirah terbaik yang pernah ditulis untuk mereka yang baru mengenali nabi.โ
- Zamri Zainal Abidin, penerbit Duniaku Buku, radio IKIM.fm
โBuku ini bukan sahaja wajar dijadikan hadiah kepada bukan Islam, malah kepada remaja Islam hari ini yang lebih mengenali ikon-ikon hiburan berbanding Nabi Muhammad.โ
- Maizura Ederis, Majalah Millenia Muslim
โPengarang berjaya membawa karya ilmuan tentang sejarah Islam ke tahap yang mampu mengatasi novel-novel cinta dan karya popular di pasaran! Gaya penulisan bahasa Melayu yang mudah difahami, olahan yang menarik, selain perjalanan cerita yang mudah diikuti menjadikan buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh pelbagai peringkat umur. Terasa seperti membaca sebuah novel walaupun hakikatnya ia sebuah karya bersifat ilmiah dan sesuai menjadi bahan rujukan.โ
Kenali dan Cintai Rasulullah. Sebagai umat Islam, menjadi kekesalan yang besar apabila kita jahil akan sirah dan perjuangan Rasulullah SAW, kerana Baginda yang akan memberi syafaat kepada kita di akhirat kelak. Allah SWT memilih Baginda sebagai kekasihNya.
Maka sebaik-baiknya kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai kekasih agung melebihi segala-galanya. Moga ilmu yang diperoleh melalui buku ini menjadi bukti kitalah umat Nabi Muhammad SAW yang mahu mendapatkan syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak.
โSesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman selawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.โ
Buku โBiografi Aisyah binti Abu Bakarโ ialah buku yang mengikat diri untuk duduk berlama-lama dengannya. Penulis bijak menggarap kajian tentang Aisyah; fakta yang diperisakan dengan penyampaian dan lenggok bahasa yang lunak. Ada banyak hal tentang Ummul Mukminin itu yang saya baru ketahui selepas membaca naskhah ini.
- Waridah Lothpi, saudagar buku
Buku ini sangat lengkap isinya tentang ibu kita Aisyah RA. Sekiranya baru berjinak-jinak baca tentang kisah sahabiah, saya cadangkan mula dengan membaca kisah Saidatina Aisyah RA (selain Khadijah r.a.), insan yang Rasulullah SAW cintai.
- Sajida Zulkafli, pengasas Reading Muslimah
Sekilas pandang pada tajuk buku, kita akan menganggap buku ini sekadar menceritakan isu-isu kewanitaan dan suka-duka rumah tangga. Namun, emosi kita pasti tersentak setelah mengamati keseluruhan kandungan dan intinya. Masih adakah wanita persis Aisyah yang serba boleh ini? Dialah isteri kepada Nabi, ilmuwan fikah yang cerdas, mengetahui asas ilmu perubatan, merawat mangsa yang cedera, pernah mengetuai pasukan tentera dan pemikir strategi perdamaian. Dalam kelembutan ada ketegasan. Percayalah, buku ini tidak mengecewakan!
- Dr. Muhammad Hakim Rosly, penterjemah bebas