Alhamdulillah... buku telah selamat diterima... innsyaallah... marilah kita kenal dgn nabi kita... nabi yg terlalu sayang pada semua umatnya.. semoga kita dapat syafaat darinya... aamiin...
February 12, 2023
m**.
Item: -, -
alhamdulillah happy sangat semalam order harini dah sampai. semoga dgn baca buku ttg sirah nabi saw ni dapat meningkatkan lgi rasa cinta terhadap baginda , inshaa Allah aamiin 🤍. terima kasih seller saya beli 🥰
January 19, 2023
e**1
Item: -, -
alhamdulillah dh selamat sampai ...puas jgk menunggu..hihi...tq seller..
February 2, 2023
C** H**_
Item: -, -
Alhamdulillah buku dah sampai smg bermanafaat utk saya dan keluarga .semua org harus membeli.tksh seller.
February 5, 2023
A**f K**r
Item: -, -
Terima kasih .Alhamdulillah buku dah sampai saya beli dengan sebanyak harganya ya.
February 2, 2023
B**4
Item: -, -
alhamdulilah.. buku selamat mendarat ptng tadi... semua dlm keadaan baik.... tq seller semoga tuan @ puan dimurahkan rezeki dan sentiasa berada dlm limpah rahmat allah s.w.t amin..... insya allah...
January 30, 2023
👑**👑
Item: -, -
Alhamdulillah...berkat sabar... akhirnya selamat mendarat di jb
January 23, 2023
N**n
Item: -, -
Alhamdulillah..syukur sngt² dpt buku ni
January 18, 2023
N**n
Item: -, -
Good delivery service 👍
February 5, 2023
A**a D**
Item: -, -
Alhamdulillah....dah sampai
February 6, 2023
h**2
Item: -, -
Suke sangat²
January 18, 2023
A**a H**n
Item: -, -
Alhamdulillah....sampai dengan baik
February 13, 2023
D**g H**e
Item: -, -
Saya dpt mengupas sejarah kehidupan para Nabi & Rasulullah. Selepas ini ke Mekah lagi dpt menghayati kisah2 Nabi & Rasulullah dgn jelas.
February 10, 2023
m**n
Item: -, -
sampai dalam keadaan herlok ,, tkdk koyak ii apa ii , so takyah pikiaq ²/³ kali , beli ja😂👍 penghantaran pon cepat la jgk 👍
January 27, 2023
T**r l**o
Item: -, -
Tq seller
February 5, 2023
r**3
Item: -, -
I love it...Rasulullah..❤
January 28, 2023
H**e
Item: -, -
February 22, 2023
👊**️
Item: -, -
February 7, 2023
S**0
Item: -, -
Terbaik saller
January 28, 2023
P** T** S**t **
Item: -, -
February 2, 2023
Si Celiq IQ
901 items
Shop performance
Better than 68% of other shops
Ships within 2 days
63%
Responds within 24 hours
100%
Product description
Tajuk: Biografi Muhammad bin Abdullah (SOFTCOVER) ISBN: 978-967-481-536-3 Penerbit: PTS Penulis: Zulkifli Mohd Yusoff, Noor Naemah Abd Rahman Tahun Terbitan: 2021 Muka Surat: 480 Halaman:Hitam Putih Format: Softcover Berat (kg): 0.65 Dimensi (cm): 22.8cm x 15.3cm x 2.4cm **** Biografi Muhammad Bin Abdullah adalah antara buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah. Menghayati kisah hidup nabi dalam buku sangat mengasyikkan. Novel-novel cinta yang popular sekalipun tidak mampu memberikan kenikmatan yang setara dengan nikmatnya membaca buku ini. Kita teruja untuk menghabiskan ayat demi ayat, helaian demi helaian buku ini, daripada muka surat pertama hinggalah ke muka surat terakhir. Inilah biografi kekasih yang teragung dan kisah cinta yang paling indah di dunia. Buku ini adalah rakaman sirah yang lengkap tentang Rasulullah. Buku ini bermula dengan kisah-kisah ajaib yang berlaku sebelum kelahiran baginda. Sebagaimana peristiwa kelahiran baginda membawa sinar kebahagiaan ke seluruh dunia, buku ini juga berjaya membuatkan para pembaca asyik dalam penceritaan yang amat menarik. Namun, apabila tiba detik Rasulullah menghembuskan nafas terakhir, kita akan tenggelam dalam kesedihan dan hanyut dalam kerinduan kepada kekasih agung, Rasulullah s.a.w. Babak demi babak seluruh kehidupan Rasulullah diceritakan dengan baik sekali. Penceritaannya mampu menggugah emosi pembaca. Inilah bahan bacaan yang terbaik sebagai pelengkap kepada karya sirah tentang Rasulullah s.a.w. Setiap nabi dikurniakan dengan mukjizat yang sesuai dengan zamannya dan mengatasi kehebatannya kaumnya. Nabi Musa diberikan mukjizat tongkat yang bertukar menjadi ular hingga dapat mengalahkan Firaun dan ahli sihirnya. Nabi Isa pula dikurniakan dengan kemampuan menghidupkan orang yang sudah mati, sesuai dengan kaum pada zamannya yang hebat dalam ilmu perubatan. Rasul junjungan kita pula, Muhammad s.a.w dikurniakan dengan mukjizat yang agung, iaitu Al-Quran yang sangat indah bahasanya. Ketinggian bahasa Al-Quran menundukkan kehebatan para penyair Arab yang terkenal dengan syair-syair yang bisa memukau para pendengar. Itulah kehebatan bahasa dan bahasa sangat berkuasa. Bahasa yang indah seolah-olah mempunyai tempias mukjizat yang mampu mempengaruhi minda dan menyentuh hati manusia. Mahakarya agung ciptaan manusia terletak pada bahasa yang mengungkapkannya. Memahami hakikat ini, keindahan dan kelancaran bahasa adalah kekuatan utama bagi sesebuah buku. Justeru, sebuah buku yang bercerita tentang kehidupan Rasulullah, terlebih utama perlu menggunakan bahasa yang indah sehingga mampu membuakkan kecintaan kita kepada Rasulullah. Oleh sebab inilah, buku Biografi Muhammad Bin Abdullah ditulis dengan bahasa yang mudah dan indah. Kekuatan buku ini adalah pada bahasanya.