About this product
- ISBN/ISSN:978-967-411-615-6
Product description
Dimensi: 19cm x 12.7cm x 0.5cm
ISBN-13: 978-967-411-615-6
Tarikh Terbit: 27 Jul 2015
Amalan dan Doa 24 Jam Rasulullah
Semua orang mendambakan kebaikan yang bertambah dalam diri. Antara jalan termudah mendekati kebaikan adalah menambah ilmu pengetahuan sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah. Buku Amalan 24 Jam Rasulullah menyajikan kompilasi amalan Rasulullah sepanjang 24 jam yang boleh diamalkan dalam kehidupan kita. Bermula sebelum fajar sehingga detik memejamkan mata, lengkap terperinci aktiviti dan amalan yang boleh diserap dalam kehidupan harian.
Amalan 24 Jam dalam Kehidupan Rasulullah s.a.w
Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati kepadanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya, menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup dalam kalangan umat.
Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sekalipun perkara itu kecil.
Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah s.a.w. di sepanjang hari bermula dari bangun tidur sehingga kembali tidur pada waktu malam. Selain itu, ia dilengkapi dengan amalan pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu. Ia memudahkan pembaca bagi merujuk segala amalan Rasulullah s.a.w. dalam masa 24 jam. Turut dilampirkan ciri-ciri fizikal dan mukjizat Rasulullah s.a.w. bagi menambahkan rasa cinta kepada Baginda.
Sunnah-Sunnah Rasulullah dalam Amalan Seharian
•Sunnah-Sunnah Rasulullah Ketika Bangun Tidur
•Sunnah Rasulullah Ketika Masuk dan Keluar dari Bilik Mandi
•Sunnah Rasulullah Ketika Berwuduk
•Sunnah Rasulullah Ketika Bersugi
•Sunnah Rasulullah Ketika Memakai Kasut
•Sunnah Rasulullah Ketika Memakai dan Menanggalkan Pakaian
•Sunnah Rasulullah Ketika Masuk dan Keluar Rumah
•Sunnah Rasulullah Ketika Pergi ke Masjid
•Sunnah Rasulullah Sebelum Tidur
•Sunnah Rasulullah Ketika Bertemu Sesama Sendiri
•Sunnah Rasulullah Ketika Makan
•Sunnah Rasulullah Ketika Minum
•Sunnah Rasulullah Ketika Selesai daripada Sesuatu Majlis
Sunnah-Sunnah Rasulullah Ketika Solat
•Sunnah Rasulullah Ketika Azan
•Sunnah Rasulullah ketika Iqamat
•Meletak Penghadang di Hadapan ketika Solat adalah Sunnah Rasulullah
•Solat-Solat Sunat yang Ditunaikan oleh Rasulullah pada Waktu Siang dan Malam
•Sunnah Rasulullah dalam Mengerjakan Qiamullail
•Sunnah Rasulullah ketika Solat Witir
•Sunnah Rasulullah ketika Solat Sunat Fajar
•Duduk Seketika selepas Solat Fajar (Subuh) adalah Sunnah Rasulullah
•Sunnah-Sunnah ketika Rukuk
•Sunnah-Sunnah ketika Sujud
•Sunnah-Sunnah selepas Solat Fardhu
•Menunaikan Solat Sunat di Rumah adalah Sunnah Rasulullah
•
Sunnah-Sunnah Rasulullah pada Waktu Pagi dan Petang
•Zikir-Zikir yang Dibaca Rasulullah pada Waktu Pagi dan Petang
Sunnah-Sunnah Rasulullah dalam Situasi Tertentu
•Menghadirkan Niat yang Baik dalam Segala Amalan
•Mengerjakan Beberapa Amalan dalam Satu Waktu
•Mengingati Allah pada Setiap Masa
•Memikirkan Nikmat Kurniaan Allah adalah Sunnah Rasulullah
•Mengkhatamkan Al-Quran pada Setiap Bulan
Ciri-Ciri Fizikal dan Mukjizat Rasulullah
•Sifat-Sifat Fizikal Rasulullah
•Kebiasaan Rasulullah
•Keadaan Rasulullah di Rumah
•Keadaan Rasulullah di Luar Rumah
•Majlis Rasulullah
•Rasulullah Bersama Sahabat Baginda
•Diam Rasulullah
•Mukjizat-Mukjizat Rasulullah
•Peristiwa Khandak, Keajaiban di Rumah Jabir bin Abdullah
•Bubur yang Berkat
•Keberkatan dalam Susu Kambing
•Perigi yang Kering Kembali Berair
•
Amalan dan Doa Kesukaan Nabi Muhammad
Amalan-amalan kesukaan Nabi Muhammad memberikan pengamalnya nilai kerohanian yang tinggi. Setiap amalan yang diajar oleh Nabi Muhammad berdasarkan dalil yang kukuh daripada wahyu Allah. Sebagai umatnya, wajar setiap amalan yang dilakukan oleh beliau menjadi ikutan sebagai petunjuk jalan menuju Allah.
Doa adalah senjata bagi orang beriman. Berdoa dengan penuh pengharapan kerana Allah sentiasa mendengar. Pendek ataupun panjang doa bukan ukuran, tetapi kerendahan hati dan keyakinan menjadi nilai di sisi Allah. Nabi Muhammad sentiasa berdoa walaupun beliau kekasih Allah.
Buku kecil ini menghimpunkan koleksi amalan dan doa kesukaan Nabi Muhammad yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Amalan dan doa ini dipetik daripada koleksi hadis-hadis sahih dalam kitab Riyadus solihin susunan Imam Nawawi.
Amalan 24 Jam Wanita Haid
Haid adalah fitrah kejadian wanita dan ketentuan Allah ke atas setiap wanita. Ketika kaum wanita didatangi haid, mereka sering mengalami penurunan iman. Mereka dilarang mengerjakan solat, berpuasa dan membaca al-Quran, seakan-akan semua pintu ibadah tertutup rapat untuk mereka.
Oleh kerana persepsi yang mengelirukan ini, akhirnya aktiviti mereka hanya berkisar kepada perkara yang sia-sia dan tidak bermanfaat. Padahal, haid bukan masa ‘bercuti daripada mengerjakan ibadah. Kewajipan ibadah secara umum tidak gugur disebabkan haid. Dalam masa 24 jam sehari, hanya sedikit ibadah yang tidak boleh dilakukan oleh wanita haid.
Buku ini memberi panduan amalan pilihan yang dapat dilakukan oleh kaum wanita dalam keadaan haid. Sekiranya kaum wanita melakukan semua amalan yang ada dalam buku ini, nescaya mereka tetap mendapat pahala, meskipun sedang ‘bercuti’ daripada melakukan solat dan puasa. Bahkan, keadaan haid tidak menutup kemungkinan iman mereka tetap terpelihara dan beransur naik.
Apabila membaca buku ini anda akan mengetahui :
. Haid pada Pandangan Islam
. Haid dari Sudut Perubatan
. Larangan untuk Wanita Haid
. Mengapa berlaku Penurunan Iman ketika Haid
. Persediaan Menghadapi Haid
. Amalan Pilihan ketika Haid