Alhamdulilah yg ditunggu dh Smpai..xsbr nk baca..dipack Gan elok..tiada kerosakan.. trma ksh yea...sy bli๐๐ฅฐ๐ฅฐ
September 24, 2023
r**a
Item: -, -
Safely received the parcel. Fast shipping and delivery. Tq seller.
August 8, 2023
๐**๐
Item: -, -
Alhamdulillah buku dah lama sampai baru berkesempatan nk review.. InsyaaAllah akan habiskan membacanya.
August 2, 2023
a**n
Item: -, -
Barang sampai dalam keadaan baik tidak ada apaยฒ kerosakan. Terima kasih dah lama nak beli akhirnya dapat jugak.
July 18, 2023
P**n
Item: -, -
Ad bubble wrap. Sangat menjaga. Bagusss. Buku balut plastic lagi. Syg nk bukak. Terbaik seller
June 24, 2023
S**๏ธ
Item: -, -
Buku diwrap elok, so tkda rosak ke apa. delivery pon cepat. murah pon murah. semoga buku ini mendekatkan lgi kita utk lebih cinta pada baginda. amin
May 31, 2023
B**s
Item: -, -
Alhamdulilah buku sampai dalam keadaan baik.Boleh buat bacaan sebelum tidur.terima kasih seller.
May 15, 2023
h**9
Item: -, -
Barang simpan dalam keadaan yang baik dan pehantaran pon pantas tq seller
April 13, 2023
Unairaamin Books
259 items
Shop performance
Better than 88% of other shops
Ships within 2 days
82%
Responds within 24 hours
95%
About this product
Bilangan Muka Surat:480
Pengarang:Penulis: Zulkifli Mohd Yusoff
ISBN/ISSN:978-967-481-536-3
Bahasa:Bahasa Melayu
Penerbit:PTS Publishing House
Product description
Penulis: Zulkifli Mohd Yusoff, Noor Naemah Abd Rahman
Muka Surat: 480
Halaman:Hitam Putih
Format: Softcover
Biografi Muhammad Bin Abdullah adalah antara buku sirah yang terbaik untuk mengenali Rasulullah. Menghayati kisah hidup nabi dalam buku sangat mengasyikkan. Novel-novel cinta yang popular sekalipun tidak mampu memberikan kenikmatan yang setara dengan nikmatnya membaca buku ini. Kita teruja untuk menghabiskan ayat demi ayat, helaian demi helaian buku ini, daripada muka surat pertama hinggalah ke muka surat terakhir. Inilah biografi kekasih yang teragung dan kisah cinta yang paling indah di dunia.
Buku ini adalah rakaman sirah yang lengkap tentang Rasulullah. Buku ini bermula dengan kisah-kisah ajaib yang berlaku sebelum kelahiran baginda. Sebagaimana peristiwa kelahiran baginda membawa sinar kebahagiaan ke seluruh dunia, buku ini juga berjaya membuatkan para pembaca asyik dalam penceritaan yang amat menarik. Namun, apabila tiba detik Rasulullah menghembuskan nafas terakhir, kita akan tenggelam dalam kesedihan dan hanyut dalam kerinduan kepada kekasih agung, Rasulullah s.a.w.
Babak demi babak seluruh kehidupan Rasulullah diceritakan dengan baik sekali. Penceritaannya mampu menggugah emosi pembaca. Inilah bahan bacaan yang terbaik sebagai pelengkap kepada karya sirah tentang Rasulullah s.a.w.
Setiap nabi dikurniakan dengan mukjizat yang sesuai dengan zamannya dan mengatasi kehebatannya kaumnya. Nabi Musa diberikan mukjizat tongkat yang bertukar menjadi ular hingga dapat mengalahkan Firaun dan ahli sihirnya. Nabi Isa pula dikurniakan dengan kemampuan menghidupkan orang yang sudah mati, sesuai dengan kaum pada zamannya yang hebat dalam ilmu perubatan.
Rasul junjungan kita pula, Muhammad s.a.w dikurniakan dengan mukjizat yang agung, iaitu Al-Quran yang sangat indah bahasanya. Ketinggian bahasa Al-Quran menundukkan kehebatan para penyair Arab yang terkenal dengan syair-syair yang bisa memukau para pendengar. Itulah kehebatan bahasa dan bahasa sangat berkuasa. Bahasa yang indah seolah-olah mempunyai tempias mukjizat yang mampu mempengaruhi minda dan menyentuh hati manusia. Mahakarya agung ciptaan manusia terletak pada bahasa yang mengungkapkannya.
Memahami hakikat ini, keindahan dan kelancaran bahasa adalah kekuatan utama bagi sesebuah buku. Justeru, sebuah buku yang bercerita tentang kehidupan Rasulullah, terlebih utama perlu menggunakan bahasa yang indah sehingga mampu membuakkan kecintaan kita kepada Rasulullah. Oleh sebab inilah, buku Biografi Muhammad Bin Abdullah ditulis dengan bahasa yang mudah dan indah. Kekuatan buku ini adalah pada bahasanya.