Product description
"Wahai Tuhan, Saksikanlah"
Pengisi buku: Ustaz Muhammad Faiz & Tuan Fazrul Ismail
Sebuah buku kerja falsafah perjalanan Haji yang dilengkapi dengan video tadabbur.
Buku kerja ini bertitik tolak daripada beberapa tujuan:
â¢Menghargai nilai ibadah haji.
â¢Memahami falsafah di balik manasik haji.
â¢Menyubur amalan berdoa.
â¢Membantu membuat persediaan.
â¢Menyemak kembali tugasan selepas haji.
Berdasarkan tujuan-tujuan, dibangunkan buku kerja ringkas ini dengan membawa empat perkara utama:
â¢Sirah berkaitan ibadah haji.
â¢Kaitan manasik dan kehidupan.
â¢Bimbingan cara bacaan dan sebutan doa yang betul.
â¢Senarai semak secara ringkas amalan berdasarkan ARQ.
Buku kerja ini dibawakan dalam bentuk video agar proses pembelajaran dan bimbingan dapat berlangsung mengikut kesesuaian masa dan situasi pembaca.
Perkara ini diketengahkan dengan harapan agar ibadah haji dengan kesedaran dan persediaan, yang kemudiannya dilakukan dengan kefahaman dan berakhir dengan kesungguhan untuk meneruskan tugasan.Â
Inilah perjalanan jihad atau usaha âbermati-matianâ yang kita hendak sama-sama sahut daripada Nabi sallalLahu âalayhi wa sallam.
âAisyah radiyalLahu âanha pernah bertanya kepada RasululLah sallalLahu âalayhi wa sallam:Â
âWahai RasululLah, kami melihat⯠jihad adalah sebaik-baik amalan. Adakah perlu kami berjihad. Baginda menjawab: âTidak, akan tetapi jihad yang paling utama ialah haji yang mabrur.â [Riwayat Bukhari â Sahih]
Mudah-mudahan apabila mendapat jemputan kelak, kita telah memahami apa yang Allah inginkan daripada ibadah ini. Mudah-mudahan sekembalinya nanti, kesan haji yang mabrur itu dirasai oleh orang sekeliling, keluarga dan diri.