Product description
"Pernah hadir satu ketika dalam hidup aku yang aku rasakan sudah benar-benar jauh dengan Allah. Merasakan diri ini memang Allah sudah takdirkan menjadi orang yang berdosa jauh dengan hidayah.
Setiap kali cuba mahu bangkit, menyesali dosa yang aku lakukan dan mahu ubah kehidupan ke arah hidup yang lebih diredhai-Nya, cubaan-cubaan itu akhirnya menemui kegagalan satu per satu. Sehingga aku terasa mahu berputus asa.
Situasi ini berterusan sehinggalah Allah temui aku dengan Jalan Pulang. Aku berazam yang satu hari nanti, bila mana Allah berikan kekuatan kepadaku untuk menghapuskan jahiliah yang bersarang dalam diri ini, aku teringin sekali mahu menulis pengalaman aku menemui Jalan Pulang ini di dalam sebuah buku."