Product description
Risalah Al-Bajuri adalah kitab asas untuk memahami Sifat 20 dan sifat-sifat para Rasul. la ditulis oleh Syeikhul Azhar Imam
Al-Bajuri bagi menyenaraikan aqidah yang asas dan wajib dipelajari bagi setiap muslim. Perbahasannya ringkas dan mudah difahami, oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk menerangkan asas aqidah kepada penuntut yang mula-mula nak berjinak dengan pengajian ini.
Namun, buku yang ada pada tangan pembaca ini diperkayakan lagi dengan pelbagai perbahasan ilmu tauhid yang sangat menarik untuk kita telusuri. Hal ini kerana Maulana Ihsan menghuraikan risalah ini berdasarkan pelbagai rujukan kitab aqidah yang muktabar. Oleh itu tidak hairan sekiranya kita akan menjumpai pelbagai permata dan mutiara yang indah dalam ilmu aqidah yang mungkin sukar untuk kita cari sendiri di lautan kitab-kitab yang tebal.
Keistimewaan buku ini juga adalah dapat membantu para penuntut untuk memahami sifat 20 dengan mudah kerana Maulana Ihsan telah memudahkan gaya bahasa dalam menerangkan satu persatu sifat Allah dan sifat para Rasul.
Justeru, tidak dapat dinafikan lagi buku ini amat sesuai untuk para ustaz gunakan sebagai silibus untuk mengajar di surau dan masjid seluruh Malaysia.