light
TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/9
RM17.80
RM19.00-6%

Buku Fahami Bacaan Dalam Solatmu: Edisi Kemas Kini

Sold by NUP Books
5(11)
144 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 17 - Apr 20

Specifications

Customer reviews (11)

M**W
M**W
Item: Lalai
Baikk
Baikk 5 star
March 4, 2025
f**o
f**o
Item: Lalai
Alhamdulillah dh sampai dgn cpt dn puas hati isi kandung dlm buku Bungkusan sgt kemas
Sgt jelas dn mudah utk membaca
October 18, 2024
M**2
M**2
Item: Lalai
Alhamdullilah terima parcel dlm keadaan baik .seller pun buat pembungkusan pun kemas..
September 7, 2024
M**t
M**t
Item: Lalai
Terbaik isi kandungan buku ni
October 19, 2024
i**a
i**a
Item: Lalai
Everything is ok
December 20, 2024
H**g L**r
H**g L**r
Item: Lalai
terbaik..cpt smp
November 18, 2024
s**a
s**a
Item: Lalai
Terbaik
June 16, 2024
f**n
f**n
Item: Lalai
Bagus
November 8, 2024
y**i
y**i
Item: Lalai
Ok 👌🏼
September 26, 2024
e**1
e**1
Item: Lalai
Good
November 5, 2024
a**
a**
Item: Lalai
👍
September 19, 2024
NUP Books
180 items
Shop performance
Better than 84% of other shops
Ships within 2 days
74%
Responds within 24 hours
100%

About this product

  • Bahasa:Bahasa Melayu
  • Jenis Halaman Kulit:Kertas kerja
  • Pengarang:Dr. Ibrahim Hashim,Prof.Emeritus Dato' Dr. Isahak Haron
  • ISBN/ISSN:978-967-481-186-0
  • Bilangan Muka Surat:158
  • Penerbit:PTS
  • Kuantiti Setiap Pek:1

Product description

Tujuan buku ini adalah untuk membantu sesiapa sahaja bagi memahami pengertian asas bacaan dalam solat.
Buku ini mengandungi terjemahan daripada bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu secara per-kata, secara frasa dan secara keseluruhan sesuatu surah atau doa yang dibaca.
Oleh itu, diharapkan ini dapat membantu kita semua untuk:
a) memahami serta menghayati apa yang dibaca b) menunaikan solat dengan lebih bermakna dan khusyuk c) belajar bahasa Arab berasaskan perkataan, ayat, surah dan doa dalam solat
Ini menjadi asas permulaan untuk belajar bahasa Arab dan memahami kandungan Al-Quran seterusnya.
Imam Al-Ghazali memetik ayat Allah yang bermaksud: “Dirikan solat untuk mengingati-Ku” (surah Ta Ha, ayat 14) serta hadith-hadith Rasulullah bagi menunjuk dan menghuraikan betapa perlunya ‘menghadirkan hati’ dan khusyuk semasa solat.
Untuk ini adalah penting pengamal solat memahami dan menghayati apa yang dibaca dalam solat.
 
90% Pelajar Tidak Faham Maksud Bacaan Dalam Solat
 
Kajian tinjauan di kalangan pelajar sebuah universiti dan beberapa sekolah menengah oleh Profesor Emeritus Dato' Dr. Isahak Haron dan rakan-rakan pensyarah di UPSI menunjukkan hampir 90% daripada pelajar tidak dapat memahami erti apa yang mereka baca dalam solat, termasuk surah Al-Fatihah. Untuk mengatasi kelemahan ini, kumpulan beberapa pensyarah di UPSI telah mengambil inisiatif menterjemahkan ayat, surah, dan doa yang dibaca dalam solat ke dalam bahasa Melayu.
Tujuannya adalah bagi memberi pengetahuan dan kefahaman asas apa yang dibaca dalam solat.
Terjemahan ini dibuat secara per-kata dan keseluruhan. Kandungan buku ini dibahagi kepada beberapa bab kecil, dan dalam setiap bab terdapat latihan-latihan mudah bagi memudahkan pelajar atau sesiapa
belajar bacaan dalam solat, sama ada dengan panduan guru atau belajar sendiri.
 
Cara menggunakan buku ini:
 
Buku ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk membantunya memahami bacaan dalam solat. Guru boleh menggunanya untuk mengajar pelajar membaca dan memahami apa yang mereka baca.
Pelajar dan orang dewasa boleh menggunakan buku ini untuk belajar sendiri.
Ibu bapa boleh juga mengajar dan melatih anaknya membaca dan memahami apa yang mereka baca dalam solat.
Bacalah isi setiap bab dalam buku ini dan buatlah latihan-latihan di dalamnya. Latihan ini mudah sahaja.
Anda hendaklah mengetahui makna setiap perkataan, frasa, dan ayat, dan menguasai makna apa yang anda baca. Ulang beberapa kali sehingga anda betul-betul ingat dan memahaminya. Anda boleh bermula dengan mana-mana bab yang anda berminat.
Oleh kerana buku ini memberi terjemahan asas sahaja, mereka yang ingin mengetahui pengertian yang lebih mendalam setiap doa dan surah bolehlah membaca huraian mengenainya dalam kitab atau penulisan alim ulama dengan berguru daripada mereka yang arif dalam hal ini.
 
Fahami Bacaan Dalam Solatmu
 
Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam al-Quran. Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan.
Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum.
Karya barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu orang Islam dalam memahami bacaan dalam solat mereka. Buku ini menyediakan panduan bergambar cara yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat. Di penghujung setiap bab, latihan kefahaman disediakan bagi menguji dan meningkatkan daya ingatan serta hafalam pembaca.
Dengan bahasa yang mudah dan penerangan ringkas, buku ini sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat bagi membantu meningkatkan rasa khusyuk dalam solat. Ia boleh digunakan sama ada untuk bacaan peribadi ataupun sebagai panduan dalam kelas pengajian orang ramai.
Product Introduction of Buku Fahami Bacaan Dalam Solatmu: Edisi Kemas Kini 44
Product Introduction of Buku Fahami Bacaan Dalam Solatmu: Edisi Kemas Kini 45
Product Introduction of Buku Fahami Bacaan Dalam Solatmu: Edisi Kemas Kini 46
Product Introduction of Buku Fahami Bacaan Dalam Solatmu: Edisi Kemas Kini 47
Product Introduction of Buku Fahami Bacaan Dalam Solatmu: Edisi Kemas Kini 48
Product Introduction of Buku Fahami Bacaan Dalam Solatmu: Edisi Kemas Kini 49
Product Introduction of Buku Fahami Bacaan Dalam Solatmu: Edisi Kemas Kini 50

Videos for this product

pencariredho
pencariredho
JOM HIJRAH SESAMA
JOM HIJRAH SESAMA
JOM HIJRAH SESAMA
JOM HIJRAH SESAMA
MEK AMM
MEK AMM
Cik Kiah Karats
Cik Kiah Karats
JOM HIJRAH SESAMA
JOM HIJRAH SESAMA
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
Tuhan, Aku Ingin Hijrah by Adnin Roslan
4.9
58542sold
RM33.00
RM40.00
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok