Product description
Judul asal: Civil Islam: Muslim and Democratization in Indonesia
Penulis: Robert W. Hefner
Penerbit asal: Princeton University Press
Penterjemah: Al-Mustaqeem M. Radhi
Di bawah rejim Orde Baru, Indonesia terjerumus ke lembah kekerasan. Selama puluhan tahun, rejim itu menindas para pejuang demokrasi selain turut memerintah Indonesia secara kuku besi.
Di tengah-tengah kancah, muncul gerakan pro-demokrasi yang ditunjangi golongan Muslim. Gerakan itu memainkan peranan penting menjatuhkan rejim Soeharto pada tahun 1998, membolehkan munculnya sebuah kerajaan demokratik pimpinan tokoh Nahdatul Ulama, Kiai Haji Abdurrahman pada tahun 1999.
Buku ini menunjukkan betapa Islam dan demokrasi sama sekali tidak bertentangan. Pengarangnya secara jelas menggambarkan keberanian masyarakat muslim memperjuangkan demokrasi dan pembaharuan politik walaupun ditindas dengan pelbagai cara, termasuk kekerasan oleh pemerintahan kuku besi.