Kebudayaan dan kesusasteraan merupakan unsur penting yang menjana perkembangan tamadun bangsa. Dalam buku ini Profesor Amin Sweeney mengupas dengan teliti berkenaan kesusasteraan Melayu dan wayang kulit Kelantan. Kajiannya mencakupi ruang lingkup yang luas dan menjawab banyak persoalan. Diterjemahkan daripada dua buah buku iaitu Authors and Audiences in Traditional Malay Literature dan Malay Shadow Puppets: The Wayang Siam of Kelantan, buku ini pastinya berharga buat khalayak peminat budaya dan sastera tempatan.