About this product
Jenis Halaman KulitKulit Keras
PengarangImam Al-Ghazali
PenerbitIBDE ILHAM SDN BHD
Jenis EdisiEdisi Khas
Tahun2024
VersiLengkap
Product description
Kitab Ilmu daripada Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn (Menghidupkan Ilmu Agama) ini dikarang untuk menjernihkan semula kefahaman umat Islam tentang konsep ilmu. Imam al-Ghazālī menyedari berlakunya penyelewengan terhadap konsep ilmu oleh segelintir pihak yang termakan hasutan dunia. Penjelasan yang dibentangkan oleh beliau adalah hasil pengalaman rohaniah yang dicapai selepas melakukan pemerhatian terhadap golongan pelaku bidaah dan penurut hawa nafsu.
JILID 2: KITAB ASAS AKIDAH
Kitab Asas Akidah daripada Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn ini merupakan karya yang ringkas dan padat dalam menerangkan iktikad penting yang wajib diyakini umat Islam. Dalam kitab ini, Imam al-Ghazālī turut menjelaskan beberapa tingkatan akidah berdasarkan tahap pemahaman umat dan kaedah pengajarannya agar dapat dicerap dan terpasak kukuh di dada setiap Muslim.
JILID 3: KITAB ASAS AKIDAH
Kitab Asas Akidah daripada Iḥyāʾ ʿUlūm ad-Dīn ini merupakan karya yang ringkas dan padat dalam menerangkan iktikad penting yang wajib diyakini umat Islam. Dalam kitab ini, Imam al-Ghazālī turut menjelaskan beberapa tingkatan akidah berdasarkan tahap pemahaman umat dan kaedah pengajarannya agar dapat dicerap dan terpasak kukuh di dada setiap Muslim.
JILID 4: 4 (KITAB ZAKAT, PUASA DAN HAJI
Ibadah biasa dikaitkan dengan perkara-perkara zahir seperti rukun, syarat wajib, syarat sah dan lain-lain, namun ibadah batin yang terkait dengan hati sering dilalaikan. Dalam Kitab Hikmah Zakat, Puasa dan Haji ini, Imam al-Ghazālī memperincikan secara tuntas amalan-amalan hati yang perlu dilakukan ketika melaksanakan tiga rukun Islam tersebut. Petua dalam kitab ini juga bukan sahaja dapat menjadi panduan beribadah bahkan menjadi pedoman untuk mencapai keikhlasan sempurna.
JILID 5: KITAB ADAB MEMBACA AL-QURAN, ZIKIR DAN WIRID HARIAN
KITAB ADAB MEMBACA AL-QURAN, ZIKIR DAN WIRID HARIAN daripada Ihya' `Ulum ad-Din menerangkan kepentingan membaca al-Quran, zikir dan wird harian sebagai ibadah lisan yang menjadi tuntutan bagi setiap Muslim. Bagi ibadah lisan yang sunat, ia adalah sokongan dan penyeri bagi ibadah fardu ain yang sebelumnya. Di samping itu, ia turut menjadi wasilah bagi memastikan hati sentiasa terikat dengan Allah SWT. menerangkan kepentingan membaca al-Quran, zikir dan wird harian sebagai ibadah lisan yang menjadi tuntutan bagi setiap Muslim. Bagi ibadah lisan yang sunat, ia adalah sokongan dan penyeri bagi ibadah fardu ain yang sebelumnya. Di samping itu, ia turut menjadi wasilah bagi memastikan hati sentiasa terikat dengan Allah SWT.
Iḥyāʾ ʿUlum ad-Dīn merupakan karya Imam al-Ghazālī yang mengandungi 40 buah dengan empat pembahagian: Suku Ibadat, Suku Adat, Suku Muhlikat dan Suku Munjiyat. Kitab ini dikarang dengan menumpukan unsur kerohanian ketika beliau berkelana di beberapa negara selepas meninggalkan jawatan dan kemasyhuran di Baghdad.
Abū Ḥāmid Muhammad bin Muhammad al-Ghazālī (450H-505H) adalah ilmuwan Islam penting yang hidup pada kurun ke-5 Hijrah. Beliau digelar al-Mujaddid, al-Imām dan Ḥujjah al-Islām dek keluasan ilmunya. Beliau menghasilkan banyak karya agung yang masyhur dan mencakupi pelbagai bidang.