TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/5
RM30.00

[ NOVEL MISTIK KISAH BENAR ] KISAH DENGAN JIN : JAY DAN MACAN D JAWA (SIRI 3) | KARYA HONDA HITAM

Sold by Hadirah Legacy
5(3)
10 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by May 5 - May 7

Specifications

Customer reviews (3)

Y**i
Y**i
Item: Default
Novel yg bagus. Jalan cerita dan penyampaian yg santai dan bersahaja membuat kita faham ttg apa yg disampaikan.
Good and clear
February 1, 2024
_**_
_**_
Item: Default
Alhamdulillah sampai jugak buku ketiga ni.
September 24, 2024
S**i
S**i
Item: Default
👍🏼
October 19, 2024
Hadirah Legacy
22 items

About this product

ISBN/ISSN9786299695820
BahasaBahasa Melayu
PenerbitHADIRAH LEGACY
Tahun2023

Product description

Tajuk : Kisah Dengan Jin - Jay dan Macan di Jawa
Penulis : Honda Hitam
-------------------------
.
Jay dan Aura Sari Mbah Parni merupakan siri sambungan Jay dan Misteri Loket Tembaga. Cerita-cerita yang dimuatkan dalam buku ini berkisar tentang pengalaman hidup sebenar Jay semenjak lebih 30 tahun lalu. Seawal umur 11 tahun sehingga dewasa, beliau telah melalui pelbagai peristiwa mistik yang tidak pernah ditempuh oleh semua orang.
.
Terdapat 11 buah cerita dalam novel ini iaitu:
1) Eu dalam dilema
2) Menjejak kaki di bumi seberang
3) Pertempuran di Malang
4) Duel bersama Agus
5) Bertamu di Blitar
6) Jay menjadi Luqman
7) Ilmu ajian macan putih
😎 Menjerat macan
9) Jay bertemu jodoh
10) Macan penjaga kampung
11) Ujian demi ujian
.
Dan terdapat perkongsian ilmu atau amalan yang boleh dijadiakan panduan hidup seperti:
1) ilmu pagar diri
2) petua ilmu cermin
3) ilmu anti kabel
4) ilmu ghaib (menutup pandangan)
5) doa pelembut hati
.
.
PETIKAN CERITA
-------------------
Aku keluar sebentar. Di tepi balai, aku memejamkan mata. Aku sedekahkan Al-Fatihah kepada Pak Kosnan untuk berhubung dengannya. Ini dipanggil telefon pekak. Setelah dia menjawab salamku, aku pun memberitahu hajatku.
.
Dia berjanji menghantar pengikutnya secepat mungkin. Aku diminta menunggu di belakang balai berdekatan dengan semak. Aku terus ke belakang. Memang betul ada kawasan semak di kebun belakang balai. Tapi pintu belakang pagar berkunci. Tiba-tiba aku ternampak ada pergerakan di kawasan semak dan diikuti ngauman kecil.
.
‘Alhamdulillah.. dah datang,’ kataku dalam hati. Terdengar ngauman sekali lagi, tapi tak nampak kelibatnya.
.
‘Suaranya dekat, tapi dia takde,’ bisik hatiku. Aku terkejut bila terasa tanganku dijilat sesuatu. Aku dapat merasakan dia menggeselkan badannya di kaki kiriku tapi tak kelihatan badannya.
.
Tiba-tiba terdengar suara Pak Kosnan berkata, "Namanya Mikyal.... dia hanya akan menjelmakan dirinya di hadapan pak polisi." Aku pun masuk ke balai sambil diikuti harimau dari belakang.
.
"Mana macannya?” tanya sarjan polis sambil ketawa diikuti gelak ketawa rakannya yang lain. Aku meraba-raba mencari kepala harimau. Bila saja aku terasa aku memegang kepalanya, aku mengusap sekali dan menepuk perlahan 3x.
.
Itu petua dari Pak Kosnan. Serentak dengan itu dimunculkan dirinya, diiringi bunyi ngauman. Kelima-lima anggota polis terkejut dan mengundurkan diri perlahan-lahan. Mikyal (harimau) berjalan ke arah pintu lokap tempat bapak ditahan.
.
Seorang anggota polis cuba mengeluarkan pistolnya tapi tangannya terkaku di situ. Mikyal mengaum di depan pintu lokap sebaik saja nampak bapak. Bapak menghulurkan tangannya lalu tangannya dicium oleh Mikyal.
.
Seorang jurugambar polis merakamkan kejadian itu dengan kameranya. Sejurus selepas mencium tangan bapak, Mikyal mendekati aku. Aku tunduk dan membiarkan dia mencium dahiku. Selepas itu dia mengaum, lalu hilang dari pandangan. Aku mendekati bapak, bersalaman dan aku cium tangannya.
.
"Jangan khuatir pak, sebentar lagi udah bisa pulang," kataku padanya. Aku terus mendekati ketua balai dan menagih janji.
.
"Kalau bapak gak mau lepaskan bapak mertua saya, saya khuatir bapak semua akan diserang macan tadi," kataku berbaur ugutan. Mereka berbincang sesama mereka. Tidak lama kemudian, ketua balai membuat satu panggilan. Selepas berbual seketika, dia mengarahkan anggotanya melepaskan bapak.
.
Kami pun terus pulang setelah pertuduhan terhadap bapak digugurkan. Sampai saja di rumah aku terus baca surat yang Pak Kosnan bagi. Allahuakbar... terkejut aku! Di surat tertulis….
.
.
Apa yang akan terjadi? Nak tau?
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan novel bersiri Jay Dan Macan Di Jawa
.
.
#novelmistik
#novelbersiri
#kisahbenar
#kisahdenganjin
#karyahondahitam
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
Automotive & Motorcycle
Kids' Fashion
Kitchenware
Computers & Office Equipment
Baby & Maternity
Tools & Hardware
Textiles & Soft Furnishings
Pet Supplies
Home Improvement
Food & Beverages
Muslim Fashion
Books, Magazines & Audio
Household Appliances
Health
Furniture
Jewelry Accessories & Derivatives
Collectibles
Pre-Owned
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok