Product description
NOVEL BISA EDISI KAMPUNG RAKIT
Novel 'Bila Ilmu Satu Anugerah' ini merupakan catatan perjalanan pengalaman yang dilalui sendiri oleh Penulis semenjak berumur 7 tahun. Pada awalnya Penulis sendiri tidak mengetahui kenapa beliau selalu diganggu oleh makhluk yang menakutkan tetapi akhirnya beliau sedar sesungguhnya semua itu adalah pembuka jalan untuk ilmu yang beliau sendiri tidak pernah terfikir untuk memilikinya.
Edisi kali ini, Penulis menceritakan pengalaman mistik ketika membantu pakcik beliau memantau kerja-kerja pembinaan rumah banglo di Kampung Rakit. Penulis terpaksa menghadapi cabaran dan dugaan tanpa bantuan serta bimbingan Aki Lela atau Ayah Abu.
"Pak Ramli?" Aku terkejut kerana mana mungkin Pak Ramli yang sedang lumpuh mampu berjalan ke sini. Bukan dekat jarak warungnya dengan pondok aku.
"Kenapa Pakcik datang sini?" tanya aku. Dia hanya mendiamkan diri.
"Naik dulu, pakcik," pelawa aku.
Aku hanya mengumpannya untuk melepasi 'pagar' yang aku buat. Jika dia manusia biasa dan berniat baik, maka dia akan mampu melepasi 'pagar' yang aku buat. Dia masih tetap berdiri tegak dan hanya mendiamkan diri.
Dia memandang aku tetapi air mukanya kelihatan lembut. Pandangan sayu. Aku memandang tepat matanya.
"Tolong pakcik. Tolong cari orang yang buat pakcik jadi sakit macam ni. Pakcik tahu anak boleh tolong pakcik. Dah lama pakcik tunggu anak datang sini," tiba-tiba seolah-olah aku mendengar suaranya tetapi mulutnya tertutup.
"Saya tak faham, pakcik," jawab aku macam orang bodoh.
"Benda yang serang anak itulah yang serang pakcik sampai jadi macam ni. Tuan dia sakit hati sangat kat pakcik," katanya lagi.
Aku kehairanan. Apa kena mengena aku dalam masalah ini? Ini kali pertama aku kenal Pak Ramli dan kali pertama juga aku menjejakkan kaki di Kampung Rakit ini. Pak Ramli kemudiannya berpaling dari aku dan melangkah pergi. Mata aku tertumpu pada pergerakannya. Kakinya jejak di tanah. Langkahnya macam manusia biasa.
"Siapa sebenarnya Pak Ramli ni? Kenapa dia cari aku? Macam mana dia kenal aku?" tanya aku sendiri...
Dapatkan siri novel mistik kisah benar ini sekarang!!