Product description
NOVEL BISA EDISI SECURITY MAN
Novel 'Bila Ilmu Satu Anugerah' ini merupakan catatan perjalanan pengalaman yang dilalui sendiri oleh Pakcik Man semenjak berumur 7 tahun. Pada awalnya Pakcik Man sendiri tidak mengetahui kenapa beliau selalu diganggu oleh makhluk yang menakutkan tetapi akhirnya beliau sedar sesungguhnya semua itu adalah pembuka jalan untuk ilmu yang beliau sendiri tidak pernah terfikir untuk memilikinya.
Aku membacakan surah Al-Kafirun sebagai usaha untuk aku melepaskan diri. Keadaan menjadi semakin runcing tetapi aku tetap tidak akan sekali-kali mengalah. Mengalah bererti aku mensia-siakan apa yang telah aku telah pelajari selama ini.
Aku terus-menerus membaca lebih banyak ayat yang pernah aku pelajari sehinggalah, aku dapat merasakan bahawa tubuh aku sudah kembali menjejak ke tanah.
Tangan aku juga sudah terlepas dari terikat. Aku berdiri tegak menghadap kelibat itu. Aku yakin tiada lagi halangan untuk aku menggunakan ilmu yang aku belajar. Halangan sudah musnah.
"A u'zubikalimatillah hitammati min syarrima khalaq." Aku membacakan doa ini dan aku dapat lihat kelibat itu mula tidak keruan.
Lantas aku bacakan surah An-Nas lalu aku hembus lagi ke arah kelibat itu. Ia nampak semakin gelisah dan tidak mampu untuk melangkah ke arah aku.
"Allahhumma la sahla illa ma jaaltahu sahlan, wa anta taj ‘alul hazna iza syikta sah la." Semoga tindakan aku ini dipermudahkan Allah SWT.
Di belakang kelibat itu aku nampak ada sesuatu sedang bergerak pantas dari sebatang pokok ke sebatang pokok kelapa sawit.
"Syahidallahhu annahu la~ila ha illa huwa, wal mala~ikatu wa ulul ilmi qo~imam bilqist,la~ilaha illahuwal azizul hakim." Aku bersedia untuk sebarang serangan.
Gerakan makhluk di belakang itu semakin menghampiri tempat aku berdiri. Aku genggam erat penumbuk tangan kanan. Bacalah berulang kali pun, dengan izin Allah setiap ayat itu akan membantu.
"A u'zubiwaj hillah hil karim, wabikalima tillah hittammatil lati layujaziwuhunna barru wala fajir, wamin syarrima yan zilu minas sama', wa syarrima yakh ruju fiha, wa syarrima zara a' fil ard, wa syarrima takh ruju minha, wamin fitanil laili wan nahar, wamin tawariqil laili wan nahar, illa tariqan yatruqu bi khairin ya Rahman." Aku menumbuk ke tanah bila mana aku nampak dia sedang menerkam ke arah aku.
Bila sahaja dia hampir menyentuh tubuh aku, aku nampak dengan jelas wajahnya.
"Allah... Kadir!" Tetapi, semuanya sudah terlambat baginya.
Siapakah Kadir? Kenapa Kadir cuba menyerang Pakcik Man?
Jangan tunggu lagi, dapatkan siri novel mistik kisah benar ini sekarang!!