Product description
Novel 'Bila Ilmu Satu Anugerah' ini merupakan catatan perjalanan pengalaman yang dilalui sendiri oleh Pakcik Man semenjak berumur 7 tahun. Pada awalnya Pakcik Man sendiri tidak mengetahui kenapa beliau selalu diganggu oleh makhluk yang menakutkan tetapi akhirnya beliau sedar sesungguhnya semua itu adalah pembuka jalan untuk ilmu yang beliau sendiri tidak pernah terfikir untuk memilikinya.
Pakcik Man meneruskan penerokaan misteri alam ghaib dengan bimbingan guruku iaitu Aki Lela dan Ayah Abu dalam BISA Jilid 2 ini.
“Aku mintak kamu semua pindah ke tempat lain, manusia mahu bina sesuatu di tempat ini,” jawab Aki Lela.
“Ini kampung kami, kami tak akan keluar dari sini,” kata lembaga itu dengan nada marah.
“Aku minta kamu pindah sebelum keadaan jadi susah,” balas Aki Lela.
“Berikan aku seorang manusia sebagai ganti,” kata lembaga itu lagi.
“Tak boleh, manusia bukan dari golongan kamu,” bentak Aki Lela semula.
“Berikan budak itu sebagai hadiah dan kami akan keluar dari hutan ini,” pinta lembaga itu sambil menunjuk ke arah aku. Berpeluh-peluh aku bila mendengar permintaan lembaga itu.
“Ini cucu aku. Sekali lagi aku minta kamu semua keluar dari sini atau aku akan musnahkan kamu!” jerkah Aki Lela.
“Kami tak akan keluar!” jerit lembaga itu dengan kuat.
Aki Lela membaca sesuatu dengan kuat dan lantang. Aku juga berzikir dengan kuat. Angin mula bertiup kencang. Daun-daun kering melayang-layang seperti bulatan di sekeliling kami. Suara Aki Lela membaca mentera semakin kuat. Tiba-tiba lembaga-lembaga yang berada di belakang ketua mereka mula berterbangan mengelilingi tempat kami berdiri. Bersimpang siur pergerakan mereka.
“Pedulikan mereka, kuatkan zikir!” jerit Aki Lela.
Aku kuatkan bacaan zikir. Lembaga di hadapan kami mula terapung dari tanah. Mukanya semakin menakutkan. Tiba-tiba dia terbang ke arah kami. Hampir sahaja dia dengan kami, Aki Lela dengan pantas menikam lembaga tersebut. Dia menjerit nyaring. Lembaga-lembaga yang lain mula hendak menyerang kami. Aki Lela menikam kerisnya ke tanah. Dari situ keluar gumpalan angin yang kuat. Tanah yang aku pijak bergegar bagai nak terbelah. Semua lembaga yang ada di sekeliling kami melayang jauh.
Selepas itu, ketua mereka muncul semula di hadapan Aki Lela....