Product description
Buku ini mengandungi 2 Novel terbaru IMAN iaitu;
•Jangan Kacau Aku Boleh Tak
•Senyum Yang Tersembunyi
•Harga Novel ini ialah RM57
Penerbit: Iman Publication
“Eh, perempuan senget! Jangan kacau hidup aku boleh tak?”
“Perempuan senget kau panggil aku?!!!”
Ehsan memang pantang sekali apabila bertemu Dahlia; musuh sejatinya. Asal jumpa saja mesti bergaduh.
*** Ehsan, seorang atlet Muay Thai bersungguh-sungguh berlatih agar dapat membanggakan ibunya. Namun, tragedi berlaku sehingga membuatkan hati Ehsan luluh—sinar hidupnya hilang, dunia terasa gelap. Ehsan mula mengurung diri. Hari-harinya dihabiskan hanya terperuk di dalam rumah, memandang silingdengan renungan yang kosong.
Sampailah suatu hari, tingkap bilik Ehsan diketuk oleh seseorang—Dahlia! Apa yang dia buat di sini? “Aku nak tolong kau, faham tak?” “Aku tak perlukan bantuan perempuan muka tempelan macam kau!” “Eh, sedar diri sikit. Kau tu yang muka diskaun!” Ketika peluang terakhir menjadi taruhan, Ehsan terpaksa membuat pilihan—sama ada kekal terpuruk dalam kegelapan, atau cuba meraih kebahagiaan diri untuk sekali lagi.
-----------------------------------------------------------
Penerbit: Iman Publication
“Kalau kau asyik fikir nak bahagiakan orang lain, siapa akan bahagiakan kau?"
*** Sejak kecil, Adlina merasakan bahawa dia hanyalah pilihan kedua semua orang—termasuklah ibunya sendiri. Adlina sanggup berkorban apa saja agar suatu hari, ibu bangga dengan kewujudannya.
Dunia Adlina runtuh apabila impian yang sudah lama disimpan, dibangkang ibunya. Lebih hancur tatkala dia cuba dijodohkan dengan seseorang yang dia benci. Adlina terus memendam rasa dan menjauhkan diri.
Sehinggalah suatu hari, seorang jejaka bernama Raymond, muncul semula dalam hidup Adlina dan cuba mendekatinya. Namun, Adlina mengelak! Pada Adlina, andai ibu sendiri tak pernah menerima dirinya, apatah lagi orang baik seperti Raymond.
“Are you even listening to yourself, Adlina?”
“I finally found you again, but you told me to go away?”
Adlina lelah memuaskan hati orang yang tidak pernah menghargainya; dalam masa yang sama, dia melukai diri sendiri dan orang sekeliling.
Tersentak dalam dilema—mampukah Adlina memilih kebahagiaan diri?