Product description
Kehadiran Sejarah Bani Israel (Sebuah Kajian Perbandingan Menurut Perjanjian Lama dan al-Qur'an) dijangka dapat menarik minat pengkaji dan khalayak yang meminati disiplin ilmu perbandingan agama. Perjanjian Lama (Old Testament) adalah sebahagian daripada Bible yang bermaksud dua kitab digabung: Perjanjian Lama dengan Perjanjian Baru (New Testament).
Tajuk buku ini boleh juga disebut: Sejarah Bani Israel menurut Bible dan al-Qur'an. Naratif Perjanjian Lama mengenai Bani Israel khususnya dalam "Kejadian" (book of Genesis) dan
"Keluaran" (book of Exodus) didapati bukan sahaja lengkap (exhaustive) bahkan memperlihatkan keunggulan Nabi Ishaq dan anaknya Nabi Ya qub sebagai pewaris sah Nabi Ibrahim, sedangkan kedudukan Nabi Ismail, juga anak Nabi Ibrahim melalui Hajar diperkecilkan. Namun, al-Qur'an diturunkan mencabar naratif tersebut menerusi kerasulan Nabi Muhammad s. 'a.w sebagai nabi terakhir dan penamat.