Product description
Awal Tulisan - BukuΒ ini dapat membantu para ibu bapa dan guru memulakan usaha menyemai minat kanak-kanak terhadap ilmu pengetahuan. Selain membaca, kemahiran menulis juga adalah sangat penting. Menerusi buku ini, mereka dilatih mempelbagaikan kemahiran menggunakan jari dan tangan, mengenal huruf dan bentuknya, serta menulis perkataan dan ayat yang mudah.
Asas Bacaan Bestari - Buku ini membantu kanak-kanak mengenal huruf-huruf vokal dan konsonan. Kanak-kanak dapat melakukan aktiviti seperti mewarrna dan menulis semula huruf. Buku ini akan menjadi bahan bacan yang menyeronokkan serta dapat mengukuhkan pemahaman kanak-kanak kerana di dalamnya dihiasi dengan ilustrasi yang berwarna serta dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar.
Asas Mahir Jawi - Buku ini memperkenalkan asas huruf dan tulisan jawi. Kanak-kanak dilatih mengenal dan membiasakan diri dengan bentuk-bentuk tulisan jawi. Mereka dikehendaki mewarna bentuk, menyebut dan menulis semula huruf-huruf mengikut panduan yang disediakan. Buku Asas Mahir jawi ini adalah pengenalan asas dalam pembelajaran jawi bagi memudahkan kanak-kanak memahami huruf-huruf jawi sebelum melangkah ke tahap yang lebih tinggi.