About this product
BahasaBahasa Melayu
Jenis Halaman KulitKulit Keras
PengarangFakhri Fadzli
Tahun2022
ISBN/ISSN9789672899235
Bilangan Muka Surat374
Brandjejak tarbiah
Product description
Al-Quran ialah cahaya, petunjuk dan nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada sekalian alam. Sebagai mukjizat terakhir dan teragung daripada-Nya, wahyu yang diturunkan dalam bahasa Arab ini sememangnya indah dan penuh dengan hikmah yang tidak dapat kita fahami sepenuhnya sekiranya dibaca secara bersendirian. Sungguh ajaibnya al-Quran ini, meskipun berbeza bahasa, tetap menyentuh hati, menggenggam jiwa malah meniupkan nyawa bagi kehidupan di dunia ini. Alangkah indahnya jika kita mampu menghayatinya, walau hanya secebis hikmah. Fainni Qarib - Sesungguhnya Aku Amat Dekat ialah wadah bagi membantu pembaca dalam menggapai impian ini. Dengan susunan menurut juzuk yang mudah diikuti, Fakhri Fadzli menuntun pembaca untuk menyingkap sedikit sebanyak hikmah di sebalik Kitab yang Agung ini.
Muhammad Fakhri bin Fadzli (B.A., M.A Syariah, Universiti Jordan) ialah anak muda dari Marang, Terengganu yang berazam untuk menyebarluaskan manfaat dan kebaikan berteraskan ilmu dan hikmah. Sepanjang tujuh tahunnya di Jordan, belia berkesempatan menuntut ilmu dengan beberapa tokoh ilmu terutamanya al-Marhum Sheikh Dr. Solah al-Khalidi, tokoh bidang tafsir dan ulum Al-Quran.
Fa Inni Qarib- Sesungguhnya Aku Amat Dekat merupakan wadah beliau untuk membantu lebih ramai lagi agar semakin dekat dengan Al-Quran.