Product description
Terbitan : Sunan Press Sdn Bhd
Penulis : Ustaz Angah Sunan
Risalah karangan bekas Syaikh al-Azhar, Syaikh Ibrāhīm al- Bājūri ini antara kitab tauhid yang amat ringkas pernah ada. Ilmu tauhid tidak terlalu luas akan tetapi amat dalam. Untuk menulis kesemua ilmu tauhid, ia berhajat ribuan helai kertas. Oleh itu, Syaikh Ibrāhīm telah meringkaskan kandungan ilmu tauhid daripada kitab-kitab besar ke beberapa helaian muka surat sahaja. Apa yang tertulis di dalam matan adalah maklumat asas yang benar-benar penting sahaja yang mana hukum mengetahuinya adalah fardhu ain atas setiap mukallaf. Di sana ada perbahasan tauhid yang hukumnya fardhu kifayah atau sunat sahaja mengetahuinya.
Risalah ini benar-benar sesuai untuk mereka yang baru mengenali ilmu tauhid. Untuk mengelakkan lemas dalam merenangi lautan perbahasan-perbahasan sukar ilmu tauhid, adalah penting untuk diketahui gambaran asas ilmu tersebut terlebih dahulu. Gaya persembahan bahasa yang digunakan dalam terjemahan adalah pertengahan.