light
TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/4
RM20.00

Buku TRAVELOG HAJI: Mengubah Sempadan Iman - Edisi Terkini (L157)

Sold by booklix
1 sold

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 19 - Apr 22

Specifications

booklix
196 items

About this product

ISBN/ISSN978-967-481-148-8
PenerbitPTS

Product description

Tajuk: TRAVELOG HAJI: Mengubah Sempadan Iman - Edisi Terkini 
ISBN: 978-967-481-148-8 Penerbit: PTS Penulis: Muhd Kamil Ibrahim Tahun Terbitan:2018 Muka Surat:280 Halaman: Hitam Putih Format: Softcover  Berat (kg):0.364kg Dimensi (cm): 22.7cm x 15.1cm x 1.3cm
 
SINOPSIS
 
Buku "Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman" bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah.
 
Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia. Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada Penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada persoalan yang merunsingkan. 
 
Sebuah tulisan yang lahir daripada hati. Setiap pengalaman 35 hari dikongsi dengan ditambah pengajaran yang penulis rasai ketika menunaikan ibadah haji di sana.
 
Buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka. Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyakarat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang tersendiri. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.
 
Ceritanya boleh membuatkan kita menangis dan teruja dengan tanah haram M@kkah dan M@dinah. Anda baca tiga halaman pertama, anda akan teruskan baca buku ini sampai habis.
 
"Ya Allah, aku mohon keampunan-Mu. Ya Allah, aku mohon kerahmatan-Mu. Ya Allah, aku mohon taufik dan hidayah-Mu. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu, izinkanlah aku bercerita tentang pengalaman dan pengajaran yang telah aku lalui semasa menunaikan fardu haji. Ya Allah, aku bukanlah ingin berlaku riak, menyombong diri, apatah lagi untuk bersikap angkuh."
 "Aku mohon izin-Mu semata-mata kerana aku ingin khabarkan tentang keagungan-Mu, keesaan-Mu dan kehebatan-Mu kepada sanak-saudaraku, rakan-rakanku dan masyarakat umum. Ya Allah, berikanlah aku ilham, permudahkan dan berikanlah kekuatan untuk aku memulakan dan menyudahkan penulisan buku ini."
Itulah doa sebelum meninggalkan M@sjidilharam. Doa yang dibaca bersama linangan air mata. Doa yang dilafazkan ketika mengadap Multazam. Ia adalah doa sebelum bersembahyang subuh, sebelum melakukan Tawaf Widak dan sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada M@sjidilharam.
Di kala inilah bibir dan hati bertutur sepenuh perasaan, melahirkan keinginan ‘luar biasa’ kerana terpegun dengan kehebatan Pencipta sehingga meleburkan sekeping hati setelah 35 hari berada di M@sjidilharam.
Bukan semua orang ada peluang dan mampu menunaikan haji di M@kkah. Kadang-kadang, orang yang mampu pula tiada kemahuan untuk menunaikan haji. Ada yang sudah puas mengelilingi dunia, tetapi belum tergerak hati untuk tawaf mengeliling Kaabah. Ada yang sanggup terbang merentasi dunia demi berjumpa kekasih hati di perantauan, tetapi belum terdetik untuk bertemu cinta agung di tanah suci.
Sungguh, seruan haji adalah jemputan daripada syurga. Hanya orang tertentu dan terpilih sahaja yang mendapat keistimewaan ini. Catatan perjalanan haji yang indah dan penuh emosi ini dirakamkan secara eksklusif dalam buku ini.
Sebagai orang yang biasa-biasa sahaja, bukan agamawan mahupun ulama, beliau menulis daripada perspektif yang berbeza, namun sudut pandangnya tetap indah dan mampu membuai emosi pembaca. Sebagai seorang profesor dan juga golongan profesional, beliau juga berkongsi kaedah yang sistematik dan praktikal untuk memudahkan pelaksanaan ibadah haji.
Fokus kepada ibadah haji dapat terganggu disebabkan oleh masalah-masalah kecil seperti masalah tandas, kesesakan melampau, dan suhu kepanasan yang tinggi. Ia kelihatan remeh, namun cabaran sebegini sangat mempengaruhi kualiti dan masa untuk beribadah secara optimum.
Tip yang pada asalnya mahu menyelesaikan masalah beratur panjang semasa menggunakan tandas kelihatan tersangat kecil berbanding perkara-perkara rukun dan wajib haji, namun jika dilaksanakan secara bersungguh-sungguh, ia membawa perubahan yang besar dan memudahkan pelbagai urusan di tanah suci.
Kembara untuk menuju ke syurga tidak berakhir di M@kkah dan M@dinah. Haji bukan semata-mata beribadah di tanah suci dan kemudian kembali hanyut dengan godaan dunia di tempat asal kita.
Dengan panduan hidayah dan bimbingan Tuhan, penulis memanifestasikan pengajaran daripada perjalanan haji dalam kehidupan sehariannya selepas kembali ke tanah air. Bagi mereka yang bakal atau pernah menjejakkan kaki ke tanah suci, buku ini mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Ceritanya ringkas tetapi signifikan. Ceritanya indah, membuai emosi, dan pastinya mengusik hati.
Product Introduction of Buku TRAVELOG HAJI: Mengubah Sempadan Iman - Edisi Terkini (L157) 27
Product Introduction of Buku TRAVELOG HAJI: Mengubah Sempadan Iman - Edisi Terkini (L157) 28
Product Introduction of Buku TRAVELOG HAJI: Mengubah Sempadan Iman - Edisi Terkini (L157) 29
Product Introduction of Buku TRAVELOG HAJI: Mengubah Sempadan Iman - Edisi Terkini (L157) 30
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
Tuhan, Aku Ingin Hijrah by Adnin Roslan
4.9
58673sold
RM33.00
RM40.00
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok