TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/7
RM35.00

HASANI KARANGKRAF USTAZAH BASIKAL JILID 1-5

Sold by Hasani Books

Select options

Select

Shipping

From RM4.90
Est. delivery by Apr 26 - Apr 28
Hasani Books
848 items
Shop performance
Better than 84% of other shops
Ships within 2 days
91%
Responds within 24 hours
98%

Product description

JILID 1
Ahmad, seorang graduan seni bina nekad meletakkan jawatan untuk mengejar impian berbasikal dari Malaysia ke Kota London.
Namun, ibubapanya meminta beliau untuk berkahwin sebagai prasyarat sebelum keluar mengembara.
Ahmad dijodohkan dengan pilihan ibunya, iaitu seorang Ustazah Al-Quran yang tidak pernah ke luar negara, apatah lagi dengan berbasikal.
Setahun diperlukan oleh Ahmad untuk mempersiapkan mental dan fizikal isterinya supaya tabah mengharungi pengembaraannya yang penuh dengan dugaan dan cabaran.
Berbekalkan RM1,900 sahaja, mereka mula berbasikal dan keluar dari Malaysia.
Pelbagai ragam, suka dan duka mereka lalui di sepanjang perjalanan dari Malaysia menuju ke Thailand dan Myanmar. Macam-macam perkara ajaib dan tak masuk akal juga berlaku.
Semoga dengan membaca buku ini, para pembaca boleh mendapat inspirasi dan motivasi untuk mengejar impian hidup di dunia ini.
"Nothing is Impossible, Allah swt Always With You!" - Ahmad Isa
JILID 2
Ahmad dan Adilah menyambung kayuhan ke tiga buah negara lagi iaitu India, Nepal dan Pakistan setelah melepasi Malaysia, Thailand dan Myanmar sebelum ini. Di India, Ahmad mengalami kejutan budaya berikutan sifat warganya yang sentiasa ingin tahu hingga mengakibatkan Ahmad yang introvert menjadi rimas. Berbeza pula dengan Adilah yang ekstrovert dan sangat gembira dengan sambutan di India. Walaupun berbeza bahasa, itu sama sekali tidak menghalang Adilah untuk berkomunikasi dengan warga tempatan dengan cemerlang!
JILID 3
Perancangan untuk memasuki negara bersalji mengujakan Ahmad dan Adilah. Lagipun, ini kali pertama Adilah berbasikal dalam cuaca dan keadaan begitu. Mereka terpaksa melalui pelbagai cabaran baharu di sepanjang perjalanan.Di China, mereka merentasi sempadan tertinggi di dunia, Khunjerab Pass dan terpaksa melalui pemeriksaan imigresen dan kastam selama 14 jam dalam kesejukan dan kelaparan.
Di Kyrgyzstan pula, hajat mereka mahu merentasi gunung bersalji dengan basikal telah dihalang oleh penduduk tempatan kerana kemungkinan untuk mati sangat tinggi!
Di Kazakhstan, Adilah dan Ahmad terpaksa tidur di kawasan bersalji, rumah terbiar dan rumah orang tempatan. Syukur, ramai manusia baik datang menghulurkan bantuan pada saat mereka sangat memerlukan.Banyak insiden mencabar dan tekanan yang hebat diceritakan dalam buku ini, namun semuanya datang dengan hikmah tersendiri.
"Selamat mengembara!" - Ahmad Isa
JILID 4
Ahmad dan Adilah tidak pernah merancang untuk masuk mengembara ke Afghanistan dan Iran. Akibat pertukaran perancangan pada saat-saat akhir, mereka terpaksa akur dengan situasi.
Pasangan suami isteri ini mula mengembara ke Uzbekistan, iaitu sebuah negara yang kaya dengan sejarah Islam. Tokoh hadis seperti Imam Bukhari yang dimakamkan di Bukhara dan  Imam Tirmizi yang dimakamkan di Termez mengujakan mereka.
Mereka terpaksa masuk ke Afghanistan disebabkan harga visanya yang jauh lebih murah berbanding visa Turkmenistan yang mahal dan tempoh visanya yang pendek.
Tanpa mereka sedar, ujian besar sedang menanti mereka di Kabul, Afghanistan. Mereka terpaksa keluar dari Afghanistan dan terus ke Iran mengikut jalan udara disebabkan jalan daratnya yang berbahaya.
Di Iran pula, pegangan mazhab penduduknya yang berbeza menjadi cabaran terbesar buat mereka.
Mampukah mereka bertahan di Iran?
JILID 5
Ahmad dan Adilah hampir putus asa kerana sudah berulang kali memohon visa Arab Saudi, tetapi tetap gagal diperoleh. Pada saat berada di sempadan masuk ke Arab Saudi, mereka akhirnya reda dengan ketentuan ALLAH dan membawa diri ke puncak gunung Jebel Jais. Di puncak gunung itulah, mereka memujuk hati. Berderai air mata kedua-duanya mengenangkan betapa banyak nikmat yang mereka peroleh sepanjang pengembaraan itu. Cuma satu yang amat dinanti, hajat untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci masih tiada jawapan. Namun, satu keajaiban berlaku. Apabila hati sudah pasrah selepas pelbagai usaha dilakukan hingga lunyai segala kudrat, akhirnya ALLAH memberi khabar gembira. Sungguh ... janji ALLAH tidak pernah mengecewakan.

Explore more from Hasani Books

You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
Sri Rama Jayam Writing Book
4.9
31774sold
RM3.90
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok