Product description
Penerbit: Faqih Synergize
Penulis: Mohd Dzul Khairi Mohd Noor, Zahiruddin Zabidi
Buku ini mengisahkan mengenai mesej-mesej yang tersirat di sebalik surah Al-Kahf. Antaranya surah ini memaparkan kisah tiga penguasa. Ia bermula dengan kisah raja yang telah memerintah dengan cara yang teramat zalim, disusuli raja zalim yang suka merampas harta kepunyaan orang-orang miskin.
Namun kesudahannya amat membahagiakan, iaitu kisah Raja Agung dalam lipatan sejarah iaitu Zulqarnain r.a. yang berjihad menyebarkan agama dan membela nasib golongan tertindas.
Ulama berbeza pendapat dalam mengulas bagaimana Surah al-Kahf ini berfungsi untuk menyelamatkan kita daripada fitnah al-Masih Dajjal. Dajjal ini bukanlah seumpama jin yang boleh dihembus ayat-ayat al-Quran dan dia pun melarikan diri. Kita bukan memohon pelindungan daripada Dajjal secara fizikal semata-mata, tetapi kita memohon pelindungan daripada fitnahnya.
Justeru, kehadiran buku ini akan membantu para pembaca untuk mengetahui bagaimanakah surah ini mampu menyelamatkan kita daripada Fitnah Dajjal.