Selawat kepada Rasulullah SAW merupakan ungkapan kerinduan seorang umat kepada Baginda. Berselawat juga sebagai tanda kash dan sayang yang terbias dari cermin sanubari seorang insan yang mengharapkan syafaat di akhirat nanti. Bagitu agung ketinggian nilai selawat ini kerana sesiapa yang berselawat ke atas Nabi SAW sekali maka Allah SWT akan berselawat ke atas hambaNya itu sebanyak sepuluh kali.
Hidupkan jiwa dengan selawat agar kehidupan di dunia ini mendapat berkah dan kehidupan di akhirat tidak terabai dan terbuang dari majlis baginda. Sesungguhnya bacaan selawat ini telah diajarkan oleh baginda sendiri disamping tunjuk ajar dari para sahabat, tabiin, wali-wali Allah dan para ulama.
Semoga buku ini dapat memberikan panduan bacaan, kelebihan dan kepentingan berselawat bagi orang yang mengamalkannya, insya Allah.