About this product
Jenis EdisiEdisi Biasa
Jenis Halaman KulitKertas kerja
Product description
Judul: Risalah Hayy Ibn Yaqzan
Risalah Hayy Ibn Yaqzan adalah satu-satunya karya Ibn Tufayl (m. 1185M) yang diketahui. Karya ini ditulis berlatarbelakangkan kerancakan pertembungan aliran pemikiran falsafah, kalam dan tasawwuf dalam kepesatan tamadun Islam.
Risalah ini mengetengahkan wacana falsafah dalam bentuk cerita. Ceritanya bertumpu kepada watak Hayy Ibn Yaqzan dalam mencari kebenaran bersumberkan ‘aqal fikiran.
Istimewanya karya ini diterjemahkan ke Bahasa Melayu-Jawi pada awal abad ke-20, iaitu pada zaman permulaan perkembangan kesusasteraan Melayu moden. Penterjemah berjaya menggarap wacana falsafah dengan menggunakan kerangka tradisi bahasa Melayu-Jawi.