Kitab ini merupakan sebuah kitab hasil karangan seorang ulama Tanah Melayu yang sangat tawadhuk dengan ilmunya sehingga beliau tidak mahu melakarkan namanya di hadapan kitab ini. Kitab beliau ini dinamakan dengan tajuk Tuhfah Al-Raghibin pada menyatakan hakikat iman segala mukminin dan barang yang membinasakannya daripada segala perkataan dan perbuatan dan iktiqad hati.