About this product
- Bahasa:Bahasa Melayu
- Jenis Halaman Kulit:Kertas kerja
- Pengarang:ATIQAH M
- Penerbit:IRFAN FORNE
Product description
SINOPSIS DOA : Fateh nak belajar berdoa! Kali ini, Walid membimbing Fateh berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah untuk setiap perkara yang terjadi daripada bangun pagi Subuh sehinggalah melelapkan mata. Mengapa Fateh teruja nak berdoa? Fateh sedar yang hanya Allah SWT saja yang dapat memudahkan sesuatu perkara yang susah dan hanya Allah SWT saja sebaik-balk pelindung buat diri dan keluarganya. Ibadah Doa menjadikan Fateh meletakkan pergantungan urusan dunia dan aknirat hanya pada Allah SWT. Usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT adalah antara perkara yang boleh kita lakukan dalam urusan seharian.
SINOPSIS AKHLAK : Wafi dan Wafa adalah simbolik pada adik-beradik yang sering berkelahi sesama sendiri. Seorang nak itu, seorang nak ini. Pening kepala ibu ayah bagaimana nak mendamaikan dua saudara sedarah ini. Air dicincang tidak akan putus. Bergaduh macam mana pun, pada akhirnya mereka tetap adik-beradik yang perlu hormat-menghormati antara satu sama lain. Komik ini menceritakan sebab dan akibat apabila dua beradik tak sefahaman, bergurau tak kena tempat, dan pengaruh media yang tak dikawal. Selain itu, tips mengawal diri ketika marah juga dikongsikan untuk mendidik anak bertenang!
SINOPSIS SOLAT : Apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w berkaitan mendidik anak tentang Solat? Rasulullah s.a.w bersabda: "Perintahkanlah anak-anak kamu untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh (7) tahun. Apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya serta pisahkanlah tempat tidur mereka."(Hadis Riwayat Abu Daud) Bestnya! Kita belajar Solat bersama-sara Fateh sekeluarga!
SINOPSIS KOMIK MELUKIS : 30 topik berkaitanMelukis Komik Untuk Pemula yang mudah difahami dan dipraktikan. 30 aktiviti yang seronok dan mencabar skil melukis. Kotak markah dan tanda semak untuk Ibu Bapa / Penjaga. Topik berkaitan mencipta watak sendiri, melukis latar dan pelbagai aktiviti bercerita dengan komik. Modul disusun berdasarkan lebih 25 bengkel melukis komik dijalankan.