Siapakah yang tahu bahawa dari pekan kecil Kandhla daerah Muzafar Nagar (negeri Uttar Pradesh, India) dalam kurun keempat belas Hijrah akan lahir dalam kalangan para masyaikh Kandhla yang asal salasih keturunan mereka daripada Sayyidina Abu Bakar Siddiq beberapa peribadi mulia yang akan digunakan oleh Allah untuk menghidupkan kembali agama yang telah dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad SAW sehingga ia subur kembali dalam kalangan orang-orang Arab dan Ajam.
Kerja-kerja itu telah dimulai oleh Hadrat Mufti Ilahi Bakhsh lagi. Malah bersama berlalunya masa dan sinaran cahaya matahari hidayat semakin meninggi maka Allah telah mengambil Hadrat Maulana Yahya yakni Hadrat Syaikh ul-Hadis Maulana Muhammad Zakariyya lalu didirikan mereka dalam barisan pertama dalam medan usaha sehingga tidak ada negara dalam dunia yang tidak sampai sinaran hidayat itu sama ada secara langsung atau tidak langsung.