About this product
BahasaBahasa Melayu
Jenis Halaman KulitKertas kerja
Bilangan Muka Surat67
Kuantiti setiap Pek1
Product description
Buku ini telah disusun oleh saudara Ameerul bin Sa’im,
seorang pelajar yang telah menceburi bidang Al-Quran lebih dari
10 tahun, bermula dengan hafazan Al-Quran semenjak berumur
10 tahun di Maahad Tahfiz Mekah Al-Mukarramah, Mesir.
Beliau juga menyambung pengajian berkitab di Darul
Musthafa, Solo, Indonesia dibawah seliaan Habib Soleh Al-Jufri
pada tahun 2016, kemudian memperoleh Diploma dalam bidang
Pengurusan Korporat dan Tahfiz di Universiti Tenaga Nasional
(UNITEN), Kajang, Selangor.
Terkini, beliau berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda
Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat dengan Kepujian dengan
keputusan Ijazah Kelas Pertama daripada Universiti Sultan Abdul
Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kedah. Penyusun buku ini
juga berpengalaman dalam mengajar Al-Quran lebih daripada 3
tahun.
Penerbitan buku kecil ini disebabkan oleh banyak permintaan
daripada masyarakat untuk beramal dengan doa yang terbaik
dalam kehidupan seharian dan dibantu dari sudut grafik oleh
Miqdad Akademi Islam. Dengan usaha yang kecil, penyusun
mengumpulkan segala doa yang terdapat di dalam Al-Quran
kerana tiada keraguan bahawa doa yang terbaik itu adalah doa
yang diajarkan sendiri oleh Allah SWT, mudah-mudahan dapat
diamalkan oleh semua kelompok masyarakat.
Semoga usaha kecil untuk memartabatkan Al-Quran ini dapat
diteruskan dan mendapat sebaik-baik ganjaran disisi Allah SWT.