FIQH UMRAH KONTEMPORARI NORMA BAHARU Soft Cover Special Edition Buku Wanita
Sold by Jamalluddin Hashim
5(7)
44 sold
Select options
Select
Shipping
From RM4.90
Est. delivery by May 22 - May 25
Specifications
Customer reviews (7)
r**2
Item: Lalai
Thank you seller very satisfied overall ok good good good good good 👍👍👍👍👍 terbaiiik
2w ago
I**h
Item: Lalai
Bagus buku ni
January 6, 2025
M**a F**z
Item: Lalai
MasyaAllah Tabarakallah
February 28, 2025
4**️
Item: Lalai
Sampai tepat masa
1d ago
H**r M**m
Item: Lalai
Padu
February 26, 2025
i**a
Item: Lalai
Tq
January 24, 2025
C**k
Item: Lalai
October 31, 2024
Jamalluddin Hashim
2 items
Shop performance
Better than 92% of other shops
Ships within 2 days
92%
Responds within 24 hours
100%
About this product
Jenis EdisiEdisi Biasa
Jenis Halaman KulitKertas kerja
Product description
Buku Fiqh Umrah Kontemporari Norma Baharu pada asalnya adalah catatan peribadi penulis sejak berkecimpung sebagai Pembimbing Ibadah Haji dan Umrah pada tahun 2003. Penulisan buku ini bersumberkan kitab-kitab fiqh muktabar dalam Mazhab Syafie, resolusi-resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan dan buku-buku Panduan Haji dan Umrah terbitan Tabung Haji. Ini adalah setelah mengambil kira pandangan Fiqh Haji dan Umrah yang berautoriti di Malaysia berasaskan Mazhab Syafie dan resolusi-resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan. Dari sudut yang lain pula timbul keperluan penyelarasan hukum terutamanya dalam kalangan pembimbing umrah dalam penyampaian dan penyelesaian kes-kes umrah yang berlaku.
Dalam Edisi Khas Umrah Norma Baharu ini, terdapat beberapa topik khusus yang perlu diberikan penekanan oleh pembaca antaranya isu niat bersyarat, isu berniat di miqat, pemakaian mask bagi wanita pada musim wabak dan Tawaf Wada’. Pembaca juga perlu menekuni cara-cara menyelesaikan permasalahan tawaf bagi wanita yang berada dalam keadaan haid. Selain itu, dalam Edisi Khas ini terdapat banyak penambahan catatan pada nota kaki bagi menjelaskan lagi pemahaman pada topik-topik yang dibincangkan termasuklah pandangan mazhab fiqh yang lain sebagai satu perbandingan. Kadang-kalanya pandangan-pandangan fiqh daripada mazhab lain diperlukan bagi menyelesaikan masalah yang sukar diselesaikan dalam Mazhab Syafie. Ini selaras dengan Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (2016) yang menyatakan, amalan-amalan haji dan umrah lampau yang diyakini tidak sah mengikut Mazhab Syafie, boleh bertaqlid kepada mazhab lain untuk mengesahkannya jika ada.
Buku ini wajar dimiliki oleh semua terutamanya bakal jemaah umrah lelaki dan wanita serta pembimbing umrah. Ini kerana penulisan buku ini disusun mengikut pergerakan jemaah umrah yang memasuki Tanah Suci Makkah sama ada melalui Madinah atau langsung dari Tanah Air. Maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya hampir menjawab persoalan-persoalan yang sering timbul ketika jemaah melakukan ibadah umrah. Selain itu, buku ini memberikan panduan pelaksanaan umrah bagi kanak-kanak. Panduan ini sangat penting bagi ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke Tanah Suci untuk sama-sama melakukan umrah. Buku ini turut menyentuh pelbagai isu ibadat yang sering menjadi persoalan dalam kalangan jemaah umrah.