Buku ini membahas kajian saintifik tentang kesan solat ke atas kesihatan fizikal dan mental pengamalnya. Kajian ini dilakukan untuk menentukan kesan solat terhadap sistem kardiovaskular, komposisi tubuh badan, isyarat otak, dan aktiviti otot. Hasil kajian menunjukkan bahawa solat memberi kesan positif terhadap tubuh badan manusia secara fizikal dan mental.
Penekanan terhadap ibadat solat menunjukkan solat mendatangkan banyak kebaikan. Manfaat solat dari segi rohaniah banyak diperkatakan dalam Quran dan hadis. Oleh itu, buku ini mengupas hasil kajian awal kesan solat ke atas kesihatan. Walaupun kajian tersebut berbentuk penyelidikan saintifik, tetapi buku ini membentangkan dapatanya dalam format yang sesuai untuk bacaan masyarakat umum.
Fakta-fakta yang dibentangkan dalam buku ini akan memotivasikan umat Islam untuk melakukan ibadat solat dengan lebih tekun dan teratur demi mencapai kebaikan spiritual, fizikal dan mental. Oleh itu, buku ini sesuai untuk dibaca oleh semua orang yang ingin memahami kesan solat ke atas kesihatan dan ingin meningkatkan kualiti hidup mereka.