Sosialisme Islam (Isytirakiah Islamiah) adalah sebuah lagi karya teoritikus dan pemimpin Islam Ikhwanul Muslimin Syria yang jarang disebutkan. Jarang diketahui generasi hari ini bahawa karya ini pernah diterjemah, dicetak dan diterbitkan di Malaysia suatu ketika dulu. Karya Mustafa Assibaie terjemahan Hasan Saleh ini adalah cetakan ulangan terbitan Underground Press.