About this product
BahasaBahasa Melayu
Jenis Halaman KulitKertas kerja
PengarangDr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti
Tahun2021
ISBN/ISSN9789671863527
Bilangan Muka Surat404
EditorAbdul Rauf Baharuddin
PenerbitRabbani Books and Media
Kuantiti setiap Pek1
PenterjemahMohd Fauzan bin Abdullah
Product description
Mukjizat al-Quran (RM50) | 404 hlm
Pengarang: Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti
Bagi yang belum mengenali asy-Syahid Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti, beliau merupakan seorang ulama Syria yang sangat disegani di peringkat global.
Pandangannya mendahului zaman, dan kata-katanya telah membimbing jutaan ummah. Beliau wafat pada tahun 2013 ketika sedang memberi kuliah di masjid akibat dibom oleh kelompok ekstrimis di sana. Sebuah kehilangan yang besar bagi Dunia Islam. Ilmuwan ulung ini meninggalkan puluhan karyanya kepada kita, namun baru beberapa judul sahaja yang telah diterjemahkan ke bahasa kita.
Buku yang kami sajikan buat anda ini adalah salah satu daripada Siri Kajian al-Quran yang beliau jalankan, dan kali ini mengenai topik Mukjizat al-Quran.
Kata asy-Syahid, istilah "mukjizat al-Quran" itu adalah perkataan yang biasa didengari, namun tidak ramai yang memahami maksud istilah tersebut.
Apakah yang kita tahu mengenai "al-Quran itu adalah mukjizat"?
Tegasnya, orang yang tidak "mendampingi" al-Quran dengan sepenuh jiwa pasti tidak akan merasai sisi kemukjizatan al-Quran. Padahal, al-Quran itu ialah kalam Allah SWT yang perlu dihayati dan dijiwai oleh seluruh umat manusia.
Oleh sebab itu, bagi mencetuskan semula rasa kagum itu, dan agar terkeluar daripada perkara-perkara yang biasa kita dengari, Dr Muhammad Sa'id Ramadan al-Buti berikrar hanya akan menampilkan aspek-aspek baru tentang mukjizat al-Quran yang belum pernah ditulis oleh para ulama terdahulu!
Buku ini menampilkan aspek-aspek mukjizat al-Quran yang belum pernah ditulis merangkumi bidang bahasa, psikologi, sains, sejarah, perundangan dan pelbagai lagi.