About this product
Jenis Halaman KulitKertas kerja
Tahun2024
ISBN/ISSN978-629-7583-18-1
Bilangan Muka Surat96
EditorFarah Aisyah Ahmad
PenerbitIkon Syabab Resources
Product description
Buku ini membawa hanya 4 tema utama untuk kita sama-sama fikirkan iaitu tentang Cinta, Tujuan, Waktu dan Amal.
Kita semua mengakui bahawa al-Quran itu kitab teragung. Namun, sejauh mana kita mencintai al-Quran? Apa bukti kecintaan kita pada al-Quran?
Pernah tak kita bertanya pada diri kita, apa tujuan kita membaca al-Quran?
Biarlah tujuan itu, tujuan yang baik-baik. Dan yang baik-baik itu menjadi big why untuk kita menjaga hubungan dengan al-Quran.
Kita rasa, sudah banyak kita membaca al-Quran. Tapi, terkadang kenapa kita tidak merasa apa-apa kelainan? Hidup kita, baca atau tidak baca al-Quran sama sahaja.
Mungkin, kita tersilap waktu. Dalam al-Quran ada menceritakan waktu yang sesuai membaca al-Quran supaya kita mendapat kebaikan yang banyak daripadanya.
Hasil terakhir daripada membaca, mengulang dan mentadabbur al-Quran ialah beramal dengan keseluruhannya.
Keempat-empat tema ini dihuraikan dengan ringkas tapi mendalam dan praktikal.
Insya-Allah sesuai untuk semua.
Dan sesuai juga untuk dihadiahkan pada mereka yang tersayang.