Kitab ini sarat dengan pelbagai bentuk peringatan, seruan serta nasihat-nasihat bagi mempersiapkan diri menghadapi hari akhirat kelak. Isi kitabnya yang ditulis secara teratur dengan gaya bahasa yang mudah difahami oleh para pembaca. Pengisian yang terdapat dalam kitab ini peringatan berdua, iaitu masing masing terdiri daripada dua perkara, bertiga, sehingga bersepuluh. Jumlah keseluruhannha adalah 214 makalah, yang berdiri dari 45 khabar (hadis Nabi Muhammad SAW) serta yang lainnya berupa Atsar (perkataan para sahabat Nabi Muhammad SAW atau para Tabi'in)