Buku ini sangat istimewa kerana penulis telah membahagikan isi kandungan buku ini kepada beberapa perbahasan berkenaan selawat, periwayat, hadis mursal dan mauquf, serta perbincangan berkenaan selawat, waktu-waktu dan keadaan yang dituntut berselawat serta fadilat-fadilatnya.
Buku tulisan ulama besar in sangat menarik untuk dibaca, mudah untuk difahami dan dihayati serta sangat memotivasikan para pembaca untuk terus mengecapi kelazatan dan keindahan berselawat kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua beroleh syafaat baginda Nabi di akhirat kelak. Amin.