Teks klasik yang berusia hampir satu alaf ini merupakan salah satu karya penting yang meneruskan wacana Ilmu Kalam menurut neraca Ahli Sunnah. Ia mengandungi sejumlah hujah yang ampuh dalam menjawab kerancuan pemikiran berhubung ketuhanan dan intisari agama. Hujah-hujah yang dibentangkan terhasil daripada analisis dan sintesis terhadap al-Quran dan Hadis menerusi beberapa bidang ilmu lain, seperti logika, bahasa dan etika perdebatan.
Keunikan karya ini membolehkannya kekal sebagai salah satu silibus pengajian Ilmu Kalam iaitu sebagai karya peringkat pertengahan di beberapa institusi pengajian tradisional.
----------
Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazali (1058 - 1111 Masehi) adalah pengarang kepada sekitar 70 buah karya dalam bidang fekah, tasawuf, ilmu kalam dan juga falsafah. Antara karya beliau yang paling terkenal Ialah Ihya` Ulumuddin (tasawuf), Tahafut al-Falasifah (Falsafah) dan al-Mustasfa fi `ilm al-Usul (usul fekah)