About this product
- Brand:hilal asyraf resources
Product description
Berumur 30-an, Wasim hidup sederhana bersama keluarganya di Kuala Lumpur, menyara hidup dengan perniagaan kecil di dalam talian bersama pendapatan cukup-cukup makan. An.ti-so.sial, keta.gihan ro.kok dan tidak menja.ga so.lat, Wasim tidak betah bergaul dengan orang ramai, dan kehidupannya juga terum.bang-am.bing dengan teka.nan ekonomi serta jauh dari kepatuhan kepada Tuhan.
Tanpa diduga, Wasim mendapat jemputan untuk bertamu di Tanah Suci selama 50 hari bagi urusan menunaikan Ha.ji. Kosnya pula sudah ada yang mahu menanggung!
Orang lain akan rasa gembira dan bertuah, tetapi Wasim teng.gelam dalam resah dan gelisah.
Mengenali dirinya, Wasim sendiri mempersoalkan, apakah dia layak menjadi tetamu Tuhan?
Mampukah dia bertamu di Tanah Suci dengan baik selama 50 hari, dengan keadaan dirinya yang sedemikian rupa?