Product description
Hidup Hanisa jadi huru-hara semenjak dia bersetuju menerima tawaran Tan Sri Jabbar untuk memujuk Firyael Zidhan pulang ke Malaysia.
Setelah Zidhan kembali, lelaki itu tidak hanya menghancurkan impian perkahwinannya bersama Muzaffar bin Tan Sri Jabbar malah mengungkap rahsia besar dalam keluarga mereka!
"Apa sebenarnya yang you rancang, Zidhan? I tak faham!”~Hanisa
“Tak perlu faham, Nisa. You hanya perlu lalui semua yang telah dirancang supaya you kenal dan tahu siapa yang selalu ada untuk you.”~Zidhan
Dia hadir untuk menuntut keadilan namun menyingkap kembali sejumlah hari silam bukanlah mudah.
Terlalu banyak watak yang muncul mengungkap rahsia demi rahsia membuatkan dia semakin keliru. Mahu berlari kepada siapa saat segalanya semakin meruncing?
"You cuba dikelirukan oleh Zidhan. Semuanya berlaku berpunca dari dia. Dia yang salah.”~Muzaffar.
Antara cinta, dendam dan pengkhianatan, pasti ada yang perlu menjadi korban.
Antara mereka, siapa yang akan terkorban?
"I perjuangkan you sekian lama, Nisa. I perlu selesaikan apa yang telah dimulakan!"~Zidhan.
Terleraikah kekeliruan saat cinta juga mulai hadir? Atau cinta juga hanya satu sandiwara untuk melunas dendam?