About this product
- ISBN/ISSN:978-629-7564-30-2
- Brand:PTS
Product description
Tajuk: Mendorong Anak Suka Membaca
Penerbit: PTS Publishing House
Penulis: Zamri Mohamad, Faziela Isa
Halaman: Hitam Putih & Berwarna
Dimensi (cm): 19.5cm x 13.5cm x 2.1cm
Pasangan ibu-bapa muda resah apabila melihat anak orang lain seawal usia empat tahun sudah tahu membaca.
Dalam keadaan resah, si bapa membelikan panduan membaca sehingga beratus ringgit. Itu pun semakin berganda.
Esoknya, si influencer dalam F-Live pula berkata, “Kasihan anak kalau masuk darjah satu tak pandai membaca. Ketinggalan nanti!”
Si bapa bertambah panik. Dia sudah rasa dirinya gagal mendidik anak. Si ibu pula mengelak daripada bersembang dengan kawan-kawan yang ada anak seusia.
Kebimbangan itu nampak ketara sehinggalah jirannya, seorang ‘pensyarah rakyat’ pendidikan awal kanak-kanak berkata, “Tuan, tahukah sebelum anak tahu membaca, dia mesti suka membaca?”
“Kajian akademik memanggilnya reading readiness. Bertenang. Anak yang tahu membaca, sukses pada hari ini. Anak yang suka membaca, sukses sepanjang usia. Tuan mahu yang mana?”
Lalu ditunjukkan langkah demi langkah daripada buku ini.
Bab 1 Sukanya Anak Pandai Membaca
Sambil Berenang Minum Perkataan
Kesedaran Mengajar Membaca
Memberikan ‘Projek Membaca’ Yang Terbaik
Salah Konsep Dalam Membaca
Bab 2 Apabila Anak Lelaki Memusuhi Buku
Apakah Situasi Yang Dihadapi Kanak-Kanak Lelaki?
Perubahan Positif Untuk Anak Lelaki
Mengatasi Rumah Banjir Buku
Bab 3 Menjadi Suri Teladan
Berikan Sebab dan Akibat Positif
Mengapa Ibu Bapa Menjadi Suri Teladan?
Bermain Dengan Buku Sehingga Rosak
Mendidik Anak Lelaki Membaca
Bab 4 Budayakan Aktiviti Membaca Di Rumah
Bergilir Berkongsi Bahan Bacaan
Memulakan Pecutan Suka Membaca
Rumah Mesra Baca dan Tulis
Bab 5 Demonstrasi Membaca Di Mana-Mana Sahaja
Di Mana-Mana Pun Boleh Membaca
Buku Penyelamat Ibu, Syurga Anak Di Tempat Awam
Rasa Bosan Pencetus Kreativiti
Tiada Aktiviti, Jana Kreativiti
Bab 6 Teknologi Sebagai Kawan Bukan Lawan
Kecil-Kecil Lagi Sudah Pandai Menonton!
Berkawan Dengan Televisyen Dan Peranti
Bagaimanakah Mahu ‘Berkawan’ Dengan Peranti?
Bebaskan Anak Daripada Hantu Televisyen
Memilih Aplikasi Dalam Peranti
Menandingi Peranti Dengan Buku
Bab 7 Bercerita Dengan Membaca
Kisah Adora Si Pembaca Tegar
Apakah kaitannya aktiviti bercerita dengan membaca?
Bilakah waktu sesuai untuk melakukan aktiviti bercerita kepada anak-anak?
Enam Prinsip Asas Aktiviti Bercerita Menggunakan Buku
Tip Bercerita Untuk Anak Lelaki
Mengapa Bermula Dengan Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak?
Bab 8 Padankan Minat Anak Dengan Buku
Anak Tidak Minat Dari Kecil Lagi?
Mengapa Penting Fokus Kepada Minat?
Beri Buku Diminati, Masih Tidak Dibaca
Berikan Mereka Kuasa Memilih
Anak Kecil Saya Amat Memilih? Susah Mahu Berkenan dengan Buku!
Memilih Buku: Bagaimana Mahu Dimulakan?
Buku Yang Senang, Sedang Atau Susah?
Melatih Strategi Memilih Buku
Membantu Memilih Buku Bergambar