Kitab ini membahaskan fenomena kelahiran pelbagai mazhab dan firqah dalam masyarakat islam yang dipengaruhi oleh sama ada perkembangan ilmu mahupun kejahilan agama.
Fitnah ini merangkumi pecahan mazhab dan firqah yang lama seperti Syiah, Khawarij, Mu'tazilah, Qadariyyah dan Jabariyyah serta ideologi moden seperti sekularisme, liberisme, kapitalisme, sosiolisme, komunisme dan banyak lagi.
Justeru, karya ini disusun sebagai kajian ringkas tentang aqidah, bertujuan membantu umat islam memahami prinsip aqidah secara lebih mendalam demi mempertahankan kesahihanya daripada anasir negatif.